Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment7 Perangai Lelaki Yang Boleh Buat Wanita ‘Turn Off’ & Meluat, Salah...

    7 Perangai Lelaki Yang Boleh Buat Wanita ‘Turn Off’ & Meluat, Salah Satunya…

    -

    Shopee CNY Sale

    Tak semua lelaki yang mendekatinya atau dia dekati akan tepati citarasanya. Tambah-tambah lagi bila kenal perangai sebenarnya lelaki. Jadi nak tahu tak perangai lelaki yang manakah buatkan wanita mula jauhkan diri dan tidak suka?

    Semak di bawah;

    1. Menipu 

    Foto – Pinterest

    Perasan tak bila lelaki menipu, mulalah dia beri alasan yang tak masuk akal dan tidak munasabah. Tak kisahlah tentang statusnya atau apa-apa sahaja, bila tak terus terang dan wanita tahu tentangnya memang akan buatkan semua wanita jauhkan diri.

    2. Kuat Kongkong

    Boleh dikatakan semua perkara nak kongkong, tak kiralah keluar dengan kawan atau berjumpa dengan client (untuk yang bekerja). Jika tidak diberitahu dengan terperinci, memang bergaduhlah. Mereka akan anggap bila kamu tidak dikongkong, kamu akan melakukan sesuatu di luar batas seperti curang atau bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya.

    3. Sangat Pengotor

    Ada sesetengah lelaki, mereka tak sedar sebenarnya mereka adalah seorang yang pengotor. Contohnya tidak bersihkan diri, meludah, makan berbunyi dan sebagainya.

    Foto – Pinterest

    Malah ada juga yang jarang-jarang sekali basuh pakaian mereka, sampaikan boleh bau busuk daripadanya. Jangan terkejut pula ye!

    4. Suka Memerintah 

    Lelaki begini sangat suka kawal situasi dan pasangannya. Apabila dia memerlukan sesuatu, dia tidak akan minta pertolongan tapi beri arahan untuk lakukannya.

    Foto – Pinterest

    Seperti contoh, masak untuknya atau pergi membeli barang untuk keperluannya.

    5. ‘Kaki’ Menyampuk 

    Bila berjumpa dengan lelaki begini, memang tak mahulah kenal lebih rapat. Bukan apa bila dengar kita bercerita, mereka akan cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Mulalah menyampuk dan cerita tentang dirinya dari A sampai Z.

    6. Ego Tinggi Melangit 

    Paling merimaskan kerana lelaki dan ego memang tak boleh dipisahkan! Lelaki yang mempunyai ego yang tinggi akan buatkan mereka mempunyai kuasa ‘veto’  untuk kawal hubungan dan hidup pasangannya. Kadang kala lelaki yang ego ini akan bertindak tanpa memikirkan pasangan mereka, asalkan dirinya puas dan selesa.

    ALSO READ:  [VIDEO] Fasha Sandha Minta Tips ‘Awet Muda’ Dari Nora Danish, Raih Perhatian Ramai!

    7. Senang Naik Angin Atau Marah 

    Foto – Pinterest

    Perangai begini akan buatkan wanita lebih menjauhkan diri. Lelaki yang cepat berang, marah, suka mengutuk atau mengkritik akan membuatkan wanita hilang minat dan suka pada mereka. Kebanyakan yang berperangai begini, lelaki akan anggap diri mereka mempunyai kuasa untuk kawal hubungan tersebut.



    Credit: Cinta – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts