Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnugerah All Star Influencers 2024 Himpun Lebih 60 Pempengaruh Dari 8 Negara...

    Anugerah All Star Influencers 2024 Himpun Lebih 60 Pempengaruh Dari 8 Negara – ‘Orang Melayu Antara Yang Paling Kreatif’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pencipta kandungan digital di Malaysia semakin mendapat perhatian, terutamanya di peringkat antarabangsa dengan kreativiti yang tinggi dan keunikan budaya tempatan.

    Potensi ‘influencers’ Malaysia

    Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024, yang bakal berlangsung dari 3 hingga 7 Disember 2024, menghimpunkan lebih 60 pempengaruh dari lapan negara, termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun, Filipina, Taiwan, Vietnam, Thailand dan Korea Selatan.

    Penganjur ASIA, Datuk Abd. Rahman Soltan berkata, pempengaruh media sosial Malaysia bukan sahaja kreatif tetapi juga berpotensi besar dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti setanding pencipta kandungan popular luar negara.

    Saya tidak setuju dengan pandangan bahawa pempengaruh Malaysia menghasilkan kandungan kurang bijak. Jika dilihat dari sudut kreativiti, orang Melayu antara yang paling kreatif. Ramai pencipta kandungan dan pembikin filem berasal daripada generasi muda kita.

    Oleh sebab itu, kita wujudkan platform seperti ASIA2024 yang menjadi medium penting untuk mengetengahkan bakat tempatan kepada audiens global. Kita dapat lihat bagaimana pempengaruh tempatan mengetengahkan bakat dan kreativiti mereka menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan sebelum malam penganugerahan nanti.

    Kami percaya golongan muda ini mempunyai idea unik dan cara tersendiri untuk menarik perhatian audiens, bukan sekadar mencipta kandungan sensasi.

    Budaya negara

     

    View this post on Instagram

    A post shared by All Star Influencers Award (@allstarinfluencers)

    Tambah Rahman, ASIA 2024 bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan menghasilkan kandungan bermanfaat dan berkualiti selain menghimpunkan bakat serta pengaruh digital dari pelbagai latar belakang budaya.

    Peserta dengan jutaan pengikut akan menyertai aktiviti seni dan budaya di Melaka. Kandungan video yang dihasilkan memfokuskan keindahan dan kepelbagaian budaya Malaysia, yang dapat menarik perhatian pengguna media sosial di seluruh dunia.

    ASIA 2024 juga memupuk kesedaran tentang kepentingan menghasilkan kandungan bermanfaat dan berkualiti. Kami mahu melahirkan pencipta kandungan yang bertanggungjawab dan mampu menyampaikan mesej positif kepada audiens mereka.

    Industri pelancongan

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Imranul Effendy (@imrnuleffendy)

    Melaka dipilih sebagai lokasi utama pertandingan kerana nilai sejarah dan budaya yang dimilikinya. Para peserta akan melalui pelbagai aktiviti seni dan budaya sambil menghasilkan kandungan kreatif yang memaparkan keunikan negeri tersebut.

    ALSO READ:  Siapa Ingat Tahun Pertama Nak Balik Kampung Sebagai Suami Isteri Dulu? Ada Macam Dorang Ni Tak?

    Menurut Rahman, ASIA2024 tidak hanya mempromosikan pelancongan Malaysia tetapi juga memberi ruang kepada pempengaruh untuk memperluas kreativiti mereka.

    Pertandingan ini diharap dapat memberi impak besar kepada industri pelancongan negara. Bertepatan dengan Tahun Melawat Melaka 2024, kandungan yang dihasilkan akan menjadi medium promosi yang lebih berkesan melalui platform media sosial.

    Kita juga mahu memperkukuh hubungan antara pencipta kandungan dari pelbagai negara, sekali gus membina jaringan kerjasama yang lebih luas. Kami berharap ini dapat menjadi standard baharu bagi industri pencipta kandungan di rantau Asia.

    ASIA edisi kedua ini turut menampilkan 13 kategori pertandingan, antaranya Best Storyteller Award, Best Culture Curator Award, dan Best Transition/Editing Award. Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai dan trofi eksklusif.

    Untuk info, ASIA edisi pertama yang berlangsung tahun lepas mengiktiraf pempengaruh terkenal Indonesia, Ahieb Reborn yang berjaya menggondol anugerah utama sebagai Pempengaruh Media Sosial Terbaik.

    Tambah mengagumkan, tanda pagar #AllStarInfluencerAward2023 berjaya mendapat lebih 205 juta capaian di aplikasi TikTok dan tular di pelbagai platform media sosial dalam tempoh satu tahun sahaja.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts