Bila tiba masa nak travel, antara benda yang mesti kena buat mestilah tukar matawang asing. Tapi, siapa je yang suka bila fikir nak beratur panjang, cari parking, atau sangkut dalam jam sebab nak cari money changer, kan?
Lagi-lagi bila kena keluarkan cash tu dan bawa bersama, risau pula kalau kena ragut atau dirompak.
Ha! CIMB TravelCurrency ada solusi mudah untuk korang yang nak tukar matawang asing online je, dengan kadar TERENDAH* di Malaysia!
Sekarang, nak travel ke mana-mana pun jadi lebih chill bila urusan tukar matawang asing jadi cepat dan jimat masa. Jom tengok apa yang best sangat pasal CIMB TravelCurrency ni!
1. Tukar online, ambil di kaunter bila nak fly. Lebih praktikal!
CIMB TravelCurrency ni satu-satunya servis daripada bank di Malaysia yang bagi korang option untuk tukar matawang asing secara online tau.
Kiranya, tak perlu nak beratur panjang atau keluar rumah semata-mata nak tukar matawang asing! Layari je laman web CIMB TravelCurrency atau aplikasi CIMB Clicks, korang boleh buat tukaran dari situ.
Bila dah ready nak fly, ambil je watawang asing tu kat kaunter CIMB Bank Currency Exchange (CCE) di lokasi-lokasi terpilih seperti:
- KLIA Satellite
- KLIA2 – Level 3 Departure
- KLIA2, Public Concourse Arrival Hall
- Pulau Pinang International Airport
- Suria KLCC
- Menara UAB
- Wisma Koponas
- Genting Highlands – Sky Plaza
Senang gila, korang boleh relax tak payah susah-susah nak cari money changer dah masa dah nak fly.
2. Menawarkan kadar terendah*!
Kalau korang selalu compare harga, mesti perasan ada sesetengah matawang yang selalunya mahal bila tukar kat tempat lain. Tapi dengan CIMB TravelCurrency, mereka tawarkan kadar terendah* terutamanya untuk Hong Kong Dollar (HKD), Australian Dollar (AUD) dan Singapore Dollar (SGD)!
Ini memang berita terbaiklah, terutamanya untuk korang yang selalu travel ke tiga negara ni, berbaloi dan boleh jimat lebih.
3. Bukan tu je, ada lebih 14 matawang berbeza & korang boleh tukar sehingga 5 matawang sekaligus
Kalau korang nak tahu, CIMB TravelCurrency sediakan 14 pilihan matawang termasuk US Dollar (USD), Euro (EUR), Japanese Yen (JPY), Australian Dollar (AUD), Singapore Dollar (SGD), Hong Kong Dollar (HKD), Chinese Renminbi (CNY), Thai Baht (THB), Saudi Arabian Riyal (SAR), Indonesian Rupiah (IDR), Indian Rupee (INR), Korean Won (KRW), New Taiwan Dollar (TWD) dan banyak lagi.
Lagi menarik, korang boleh tukar hingga 5 matawang dalam satu transaksi, jadi senang kalau ada plan nak travel ke beberapa negara. Dengan had maksimum RM10,000 setiap transaksi, korang boleh travel dengan tenang!
4. Tiada caj tambahan & mudah dibayar dengan CIMB Clicks atau FPX
Berbeza dengan servis tukaran lain, CIMB TravelCurrency tak kenakan caj tambahan jika korang bayar dengan menggunakan CIMB Clicks. Korang hanya perlu bayar dengan harga tukaran yang dah dipaparkan.
Pilihan pembayaran pun mudah, guna CIMB Clicks untuk pengguna CIMB, ataupun korang boleh guna FPX kalau bukan pengguna CIMB. Lebih fleksibel kan!
Untuk transaksi CIMB TravelCurrency yang dibayar melalui bank-bank lain dengan Financial Process Exchange (FPX), caj tambahan mungkin akan dikenakan.
Tunggu apa lagi? Buat tukaran wang di CIMB TravelCurrency sekarang!
Bukan saja mudah, malah CIMB TravelCurrency ni sangat menjaga kualiti matawang asing yang diberikan. Setiap note yang korang ambil di kaunter CIMB adalah asli dan dalam keadaan terbaik, jadi tak perlu risau dapat note lusuh atau rosak tau!
*Kadar terendah yang ditawarkan oleh CIMB adalah perbandingan antara kadar yang dipaparkan oleh bank perdagangan dan pengurup matawang asing lain.
Tertakluk kepada terma dan syarat.