Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAqasha Tak Setuju ‘Followers’ Dibanding Dengan Bakat – ‘Itu Kelakar, Pelakon Patut...

    Aqasha Tak Setuju ‘Followers’ Dibanding Dengan Bakat – ‘Itu Kelakar, Pelakon Patut Diukur Pada Kebolehan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Aqasha tidak bersetuju dengan segelintir pihak yang lebih mementingkan pengikut di media sosial berbanding bakat.

    Dahulukan bakat 

    Ketika ditemui , Aqasha atau nama lengkapnya Firdee Akassya Rosli berkata perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana di dalam dunia seni, bakat adalah keutamaan.

    Saya pun biasa dengar situasi begini, pelakon telah ditolak kerana tidak ada pengikut yang ramai di sosial media.

    Pada saya, semua itu agak kelakar sebab pertama sekali yang patut diukur untuk seseorang pelakon adalah kebolehannya sendiri.

    Cuma sekarang ini, ‘mazhab’ jadi terbalik sikit dan tertukar..bergantung kepada nombor pula jadinya. Mungkin mereka berpendapat nombor itu akan membuatkan ianya menjadi viral.

    Walau bagaimanapun, aktor berusia 43 tahun tersebut yakin trend berkenaan tidak akan berlaku dalam jangka masa yang lama.

    Justeru, Aqasha menasihati pendatang baru supaya memupuk rasa hormat terhadap peluang yang diberikan untuk menjadi seorang pelakon.

    Saya rasa situasi itu tidak akan berlaku setiap masa..akan ada benda yang boleh jadi viral tetapi ia tidak boleh mendahului seni.

    Jadi untuk pendatang baru, mereka kena menghormati ‘ruang’, peluang dan seni yang diberikan. Sebab tanpa rasa hormat kepada seni, mereka sukar untuk terus berada di dalam industri.

    Aqasha berkata demikian ketika ditemui semasa sesi fotografi sebuah drama baharu TV3 yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Selasa.

    Kurang aktif di media sosial

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Embun itu memberitahu dia tidak pernah berdepan dengan situasi tersebut berikutan kurang aktif di sosial media.

    Saya tidak pernah mengalami isu yang sama, namun ketika di awal penglibatan ada yang pernah kata saya bukan hero material. Pada saya tak mengapa kerana ketika itu kemampuan saya pun belum terbukti.

    Saya bukan artis yang selalu nampak galak dan rancak di media sosial, kalau saya ada benda dan bahan baru saya kongsi.

    ALSO READ:  Jaguh Angkat Berat Malaysia, Che Mohd Azrol Meninggal Dunia

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts