Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentASICS Lancar GEL-KAYANO™ 31, Lebih Stabil & Selesa Untuk Pelari!

    ASICS Lancar GEL-KAYANO™ 31, Lebih Stabil & Selesa Untuk Pelari!

    -

    Shopee CNY Sale

    ASICS mengumumkan pelancaran kasut larian GEL-KAYANO™ 31, yang terbaru dalam siri kasut larian yang stabil buat para pelari. Keselesaan yang telah dioptimumkan pada bahagian atas yang telah diperbaharui ini memboleh model terbaharu siri GEL KAYANO™ untuk ‘memeluk’ para pelari.

    Kejayaan pendekatan baharu untuk kestabilan penyesuaian dengan keselesaan premium yang diambil oleh ASICS dalam mereka bentuk kasut pendahulu kasut GEL-KAYANO™ 30, kasut ini akan membantu pelari dari semua kebolehan melangkah lebih jauh sambil mereka menggerakkan minda mereka.

    Mengikuti Falsafah Reka Bentuk ASICS tentang penambahbaikan kecil yang berterusan untuk mencipta produk yang terbaik untuk badan dan minda, bahagian atas reka bentuk medial asimetri kasut telah diperbaharui untuk mencipta kesesuaian yang menyokong dan rasa yang lebih selesa. Bahagian atas mesh juga telah direka bentuk untuk memberikan pengudaraan yang lebih baik, memastikan kaki kekal sejuk pada jarak yang lebih jauh dan fleksibiliti yang dipertingkatkan supaya pelari mendapat keselesaan maksimum dengan setiap langkah.

    Melalui pengemaskinian tapak luar kasut dengan bahan getah HYBRID ASICSGRIP™, kasut GEL-KAYANO™ 31 juga membantu memberikan cengkaman yang lebih baik sepanjang larian anda, untuk mengukuhkan kestabilan kasut. Ini digabungkan dengan teknologi PureGEL™ memberikan penyerapan kejutan yang lebih baik dan peralihan yang lebih lancar, menambah perlindungan selanjutnya.

    Kasut GEL-KAYANO™ 31 akan dijual untuk lelaki dan wanita dari kedai ASICS, secara dalam talian dan specialist running outlet di Malaysia mulai 13 Jun 2024 , pada harga RM 729.00.

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts