Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentBella Astillah Beri Ucapan Hari Jadi Ayden, Titip Pesanan Jadi Lelaki Yang...

    Bella Astillah Beri Ucapan Hari Jadi Ayden, Titip Pesanan Jadi Lelaki Yang Baik – ‘Menghormati Wanita & Melindungi Keluarga’

    -

    Shopee CNY Sale


    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memberi ucapan buat anak sulungnya, Ayden Adrean sempena ulang tahun yang ketujuh.

    Artikel berkaitan: Bella Astillah Cemas Ayden Adrean Jatuh Tandas Di Sekolah – ‘Berdebar Sepanjang Jalan’

    Artikel berkaitan: Puteri Sarah Liyana Titip Pesanan Sebagai Ibu Tunggal Kepada Bella Astillah – ‘Sama-Sama Kita Nikmati Perjalanannya’

    ‘Jadilah lelaki yang baik’

    Menerusi hantaran di Instagram, Bella berkata, anak-anak menjadi sumber kekuatannya selama ini di samping mendoakan agar Ayden membesar menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

    Ayden, jadilah lelaki yang baik, pintar, yang menghormati perempuan dan melindungi keluarga. Kuatkan lah imanmu, anakku dan jadilah seseorang yang berguna, yang memberkati orang disekelilingmu dalam segala hal.

    Dalam pada itu, Bella turut mengingatkan untuk menjadi manusia yang baik supaya disenangi ramai orang.

    Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak, menjaga maruah, berbakti kepada keluarga dan sesama manusia, menjadi orang yang pintar, orang yang kaya, orang yang handsome itu adalah bonus tapi apa yang jauh lebih penting daripada semua itu, Mummy mahu Ayden jadi orang yang baik.

    Mummy akan sentiasa doakan Ayden menjadi orang yang baik, yang ikhlas. Insya-Allah pasti ramai yang akan menyayangimu dan hidupmu akan jadi lebih tenang. I love you sayang, happy birthday.

    Untuk rekod, Bella dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,165FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts