Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, May 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentBerhenti Menyerang, Menyeksa, Dan Membuli Wanita Hamil - Ibu Zahirah MacWilson Beri...

    Berhenti Menyerang, Menyeksa, Dan Membuli Wanita Hamil – Ibu Zahirah MacWilson Beri ‘Amaran’ Kepada Fatiya Latiff

    -

    Shopee CNY Sale

    Salah satu perkara negatif di media sosial adalah ia alat yang digunakan untuk memudahkan seseorang merendahkan, menghina serta mencaci orang lain.

    Semua perbuatan itu belum tentu berani dilakukan seseorang di alam nyata. Di dunia maya, seseorang boleh menyamar di sebalik nama gelarannya.

    Salah satu yang banyak dilakukan segelintir warganet yang tidak berakhlak baik ialah menghina fizikal seseorang sama ada kekurangan atau kecacatan tubuh seseorang yang disebut body shaming atau face shaming.

    Kadang-kadang mereka melakukan perbuatan mengejek fizikal seseorang itu tanpa sedar.

    “Tolong berhenti menyerang, menyeksa, dan membuli wanita hamil.”

    Demikian kata ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff yang kesal dengan kenyataan dibuat Fatiha Latiff apabila menyamakan wajah anaknya yang kini sarat hamil dengan bibik atau pembantu rumah.

    Maslinda berkata, kenyataan pelakon itu adalah satu bentuk penghinaan dan fitnah yang bertujuan memburukkan anaknya serta menantu iaitu Aiman Hakim Ridza.

    “Semua ini ujian dari Allah. Bersabarlah Zahirah dan Aiman. Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.

    Maslinda berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya hari ini.

    Menurut Maslinda, anaknya mempunyai kecantikan semula jadi dan tiada tandingan.

    “Awak (Zahirah) mempunyai kecantikan dari luar dan dalam. Seorang anak, ibu dan isteri yang penyayang. Saya sayang awak,” katanya.

    Terdahulu Fathia tampil dalam sebuah video menyamakan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.

    Fathia dipercayai berkongsi perkara itu ketika membalas komen netizen yang memberitahu Zahirah lebih cantik berbanding dirinya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,417FansLike
    1,203FollowersFollow
    1,048FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts