Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentBukan Sekadar Kisah Pemburu Kepala, Headhunter Melestarikan Tradisi Kepahlawanan & Setiakawan

    Bukan Sekadar Kisah Pemburu Kepala, Headhunter Melestarikan Tradisi Kepahlawanan & Setiakawan

    -

    Shopee CNY Sale

    Menghidupkan semula tradisi, adat atau kepercayaan yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia ke skrin layar mungkin tidak semudah yang digambarkan.

    Menghidupkan Semula Tradisi

    via OPR Network

    Namun dengan pengetahuan dan kajian yang dijalankan, ‘suasana’ tersebut dapat dikembalikan meski ia dihasilkan dalam bentuk fiksyen.

    Itulah yang bakal disaksikan oleh penonton apabila sebuah filem berjudul Headhunter edaran  MyContent Distribution yang bakal menemui para penonton menerusi platform Prime Video.

    Lambang Kepahlawanan

    via OPR Network

    Headhunter dalam bahasa Melayu bermaksud pemburu kepala. Ia bukan sebuah keganasan semata-mata namun adat tradisi daripada suku kaum Iban di Sarawak sejak berabad lamanya.

    Ia juga merupakan lambang kepahlawanan apabila Headhunters membawa pulang kepala selepas misi serangan yang dikenali sebagai Ngayau.

    Mengambil latar abad ke-18, Headhunter yang ditulis, diarahkan dan diterbitkan sendiri oleh Badd Badrul akan menyaksikan kombinasi di antara fakta tentang adat tradisi dan fiksyen yang dibentuk menjadi hiburan sekaligus pengetahuan baharu buat generasi masa kini.

    Mendidik Dan Berkongsi Ilmu

    via OPR Network

    Badd Badrul juga menyifatkan Headhunter sebagai naskhah bersifat mendidik dan berkongsi ilmu tentang adat, budaya atau tradisi yang cukup kaya di Malaysia amnya dan di Borneo khususnya.

    Headhunter yang bakal ditayangkanbermula 29 Jun 2023 di Prime Video ini mengangkat kisah empat sahabat baik yang membesar bersama sejak kecil.

    Saksikan Headhunter edaran  MyContent Distribution yang mula ditayangkan di Prime Video pada 29 Jun 2023.

    Barisan Pelakon Hebat

    via OPR Network

    Filem ini mengketengahkan lakonan Anding Indrawani sebagai watak utama, Cha Cha Maembong sebagai heroin manakala Ebi Kornelis sebagai watak antagonis  atau musuh utama hero.

    Ia juga menampilkan lakonan sulung Ahya Rosli dan Zulaika Zahari.

    Headhunter telah mendapat Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia yang ke 31.

    ALSO READ:  Da’i Syed Bakal Bergelar Bapa, Syukur Dikurniakan Rezeki Melimpah Ruah – ‘Tinggal Dua, Tiga Minggu’

    Manakala Anding Indrawani pula telah memenangi Anugerah Pelakon Harapan  FFM 31 melalui filem yang sama.



    Credit: Filem – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts