Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentDetik Penting Buat Malaysia: Marrybrown Buat Pertama Kalinya Mengadakan Pelancaran Utama Di...

    Detik Penting Buat Malaysia: Marrybrown Buat Pertama Kalinya Mengadakan Pelancaran Utama Di Australia

    -

    Shopee CNY Sale

    Marrybrown, Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar di Malaysia telah mencipta sejarah dengan pembukaan restoran pertamanya di Melbourne, Australia.

    Merupakan Detik Penting Malaysia

    Pelancaran telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

    Ini sekaligus menandakan detik yang penting untuk negara Malaysia sebagai QSR Halal tempatan yang pertama buka di Australia.

    Manfaat Kepada Pengguna

    via S&L Integrated

    Komitmen Marrybrown terhadap kualiti dan khidmat pelanggan boleh dilihat daripada keputusan mereka untuk membuka restoran pertamanya di kawasan subbandar Burwood, terletak betul-betul di Burwood One Shopping Centre.

    Langkah ini dilihat akan memberikan manfaat kepada para pembeli di kawasan tersebut yang sekarang akan mendapat akses dan menikmati pengalaman mencuba makanan gabungan perisa unik Malaysia dan Barat dengan keluarga dan kawan-kawan.

    Meneruskan Pasaran Australia

    Marrybrown akan meneruskan pasaran Australia dengan pembukaan dua lagi restoran di kawasan pusat perdagangan (CBD) Melbourne sebelum akhir tahun.

    Marrybrown sampai hari ini telah melayani jutaan pelanggan dan mempunyai lebih dari 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai yang tertinggi untuk pengalaman makan yang terunggul.



    Credit: Selera – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts