Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 3, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDina Nadzir Rasa Tak Layak Dicintai, Turun Berat Badan Sebab Sedih –...

    Dina Nadzir Rasa Tak Layak Dicintai, Turun Berat Badan Sebab Sedih – ‘Kebenarannya Saya Tidak Gembira’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Dina NadzirDina Nadzir

    Penyanyi dan pengacara Dina Nadzir mendedahkan penurunan barat badan secara mendedak adalah disebabkan kurang keyakinan diri kerana memiliki bentuk fizikal yang besar.

    ‘Saya rasa hodoh’

    Dina NadzirDina Nadzir

    Merasakan diri tidak cantik, Dina atau nama lengkapnya Faradina Mohd. Nadzir, 39, berkata, disebabkan itu dia nekad mengubah gaya hidup.

    Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana boleh menurunkan berat badan begitu ketara. Kebenarannya ialah saya tidak gembira.

    Saya rasa tidak cukup baik, tidak cukup cantik, tidak layak untuk dicintai. Saya rasa diri ini serba-serbi tidak mencukupi.

    Saya rasa hodoh, saya tiada nilai. Biarpun saya sudah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang tempoh 20 tahun dalam industri, tetapi saya tetap berasa diri ini tidak bernilai.

    Dina meluahkan perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

    Kini suka bersukan

    Dina NadzirDina Nadzir

    Mengakui sukar mencari kebahagian diri, Dina bagaimanapun berjaya melawan emosi dan keluar dari masalah yang membelenggu hidupnya selama ini.

    Malah, dia akui kini gembira melakukan aktiviti sihat yang dahulunya tidak digemari.

    Saya mula mencabar diri secara emosi, mental dan fizikal. Mengharapkan akan ada sesuatu yang dapat terus ‘menghancurkan’ sehingga membuatkan saya rasa lebih teruk.

    Tetapi saya sebaliknya menemui perkara baharu yang mana bintang-bintang, laut, matahari dan perkara yang dahulunya saya benci, kini sangat suka untuk dilakukan.

    Saya terus melakukan beberapa aktiviti fizikal yang dahulunya dibenci, tetapi sekarang diharapkan dapat terus membantu saya untuk menurunkan berat badan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts