Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, May 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentEl Azman Terkejut Wanita Mengaku Adik Tipu Orang Ramai, Guna Modus Operandi...

    El Azman Terkejut Wanita Mengaku Adik Tipu Orang Ramai, Guna Modus Operandi Konon Cari Duta & Model – ‘Mangsa Dia Budak SPM’

    -

    Shopee CNY Sale


    El AzmanEl Azman

    Usahawan dan pengasas baju Melayu jenama Elrah Exclusive, El Azman berasa terkejut apabila mendapat tahu ada seorang wanita yang mengaku sebagai adik dan menjalankan sindiket penipuan.

    Cari duta?

    El AzmanEl Azman

    Menurut El atau nama sebenarnya Muhd Hilmi Che Azman, 36, modus operandi penipuan yang digunakan wanita tersebut adalah mencari mana-mana individu yang ingin menjadi model atau duta jenama Elrah Exclusive. Malah, si pelaku turut mengenakan bayaran.

    Enggan berdiam diri, El berkata dia sudah pun membuat laporan polis berhubung sindiket yang dijalankan wanita terbabit.

    Saya dapat tahu ada seorang wanita yang mengaku adik kepada saya dan telah menipu orang ramai. Sedangkan saya tiada langsung adik perempuan, yang ada adik lelaki sahaja.

    Wanita itu telah menipu orang dengan ajak sesiapa yang ingin jadi duta atau model jenama Elrah. Kononnya dia uruskan Elrah Sister. Walhal benda itu tidak wujud. Dia juga ambil bayaran untuk setiap individu yang berminat dengan tawaran itu.

    Paling memeranjatkan sekali, dia siap buat pakej Umrah. Selepas saya dapat tahu perkara itu, saya buat laporan polis.

    Saya ada juga berusaha untuk berhubung dan cari wanita itu, namun tidak bercaya. Difahamkan jumlah duit orang yang dia dah tipu lebih kurang RM200,000.

    Sementara itu, El berkata kebanyakkan mangsa yang ditipu merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menetap di kawasan luar bandar.

    Kebanyakkan mangsa yang ditipu adalah budak lepasan SPM. Mereka sanggup bayar RM800 untuk setiap seorang dan datang uji bakat yang konon mencari duta. Kalau kira-kira hampir 50 orang juga.

    Kebanyakkan mangsa juga asal dari Kedah, Perak, Melaka dan Kelantan. Dia melakukan aktiviti ini di pusat beli belah. Macam tiba-tiba tahan orang awam dan berikan tawaran itu.

    Terdahulu, El memuat naik sepotong video di Instagram memaparkan seorang wanita mengenakan jubah berwarna hitam yang mengaku adik kepadanya.

    ALSO READ:  Berjaya Dirakamkan Dalam Masa 2 Jam Sahaja, Indah Ruhaila Ajak Penonton Saksikan Transformasi Menerusi ‘Indah’

    Kata El, tujuan dia memuat naik video tersebut supaya orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak tertipu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,417FansLike
    1,203FollowersFollow
    1,048FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts