Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment Menang Tiket Filem Seram Komedi Arahan Dato Awie, Sue-On

    [GIVEAWAY] Menang Tiket Filem Seram Komedi Arahan Dato Awie, Sue-On

    -

    Shopee CNY Sale

    Ada sesiapa di sini merupakan peminat filem seram komedi? Nah, terbaru Dato Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah telah menghasilkan filem Sue-On yang dinanti-nantikan oleh peminat.

    Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, dan penampilan istimewa primadona Malaysia, Erra Fazira. Barisan pelakon lain seperti Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.

    Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 6 JULAI 2023.

    MENANG TIKET WAYANG

    Kalau anda tak sabar untuk menonton filem Sue-On, ini peluang anda untuk menjadi penonton pertama bersama GENG MOVIE MURAI. Sebuah tayangan eksklusif bakal berlangsung pada 27 Jun 2023 di GSC The Starling Mall pada jam 8 malam. Jadi kami berbesar hati untuk menghadiahkan anda sepasang tiket kepada pembaca setia MURAI MY.

    Bagaimana untuk menang? Jawab soalan berikut:

    “Sebut 2 nama pelakon utama filem Sue-On”

    Terma & Syarat:

    • Ikuti Facebook MURAI Malaysia, ikuti kami di Instagram @muraimalaysia dan TikTok @gengmulutmurai.
    • Kongsi peraduan ini di sosial anda dan tag rakan anda. Tingkatkan peluang anda dengan membuat mereka menyukai dan berkongsi siaran media sosial anda.
    • Jawab soalan pada siaran peraduan Facebook kami. Pastikan privasi siaran anda ditetapkan kepada umum jika tidak, kami tidak akan dapat melihatnya!
    • Tidak akan ada siaran pengumuman pemenang kerana pemenang akan dihubungi secara peribadi melalui Facebook pada pertengahan 26 Jun 2023.

    Sinopsis

    Sue-On seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. Pada satu malam nasib Sue-On tidak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, mematikan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya.

    Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Nak dijadikan cerita, ketika SueOn sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah.

    Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri itu terus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.




    Credit: Filem – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts