Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentHubungan Seks Makin Baik & Hangat Selepas Kamu Lakukan Senaman Ini…

    Hubungan Seks Makin Baik & Hangat Selepas Kamu Lakukan Senaman Ini…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pernah tak kamu lakukan senaman atau regangan sebelum berhubungan seks?

    Untuk pngetahuan kamu, senaman ringkas sebelum hubungan seks boleh meningkatkan dan memperbaiki hubungan antara kamu dan pasangan. Bukan itu sahaja, senaman ini agak penting kerana ia boleh mengelakkan kamu dan pasangan berada dalam situasi yang menyakitkan atau kekejangan.

    #1 BUTTERFLY 

    Ketika melakukan senaman ini, kamu boleh rasakan banyak regangan di bahagian dalam kaki.

    Foto – Prevention
    1. Baring di permukaan rata, bengkokkan lutut dan tapak kaki di permukaan lantai.
    2. Kemudian buka lutut dan jatuhkan ke sisi sambil kamu tempelkan tapak kaki kanan dan kiri.
    3. Balik ke posisi dan ulang beberapa kali.

    (Kalau mahukan lebih regangan, letakkan tangan di sisi semasa membuka lutut dan jatuhkan ke sisi.)

    #2 SIDE SPLIT

    Untuk posisi ini, pastikan kamu tidak bergoyang dari sisi ke sisi atau sebelah kaki jatuh terlebih dahulu berbanding sebelah lagi.

    Foto – Prevention
    1. Baring di permukaan yang rata.
    2. Angkat kaki ke arah siling dan letakkan tangan kamu dalam keadaan “T” di permukaan lantai.
    3. Jatuhkan kaki ke sisi secara perlahan-lahan dalam posisi side split.
    4. Tahan seketika dan kembali ke posisi asal.

    Nak rasa lebih regangan, kamu boleh lenturkan kaki ke belakang badan. Jika memerlukan lebih banyak sokongan, kamu boleh gunakan dinding.

    #3 KNEE DROPS 

    Tujuan posisi senaman ini adalah untuk ‘melepaskan’ bahagian bawah badan daripada tekanan supaya kamu dapat berehat dan tenang ketika melakukan hubungan seks.

    Foto – Prevention
    1. Baring di permukaan rata, bengkokkan lutut dan tapak kaki memijak lantai.
    2. Tutup mata untuk rehatkan minda dan badan.
    3. Ayunkan lutut ke kanan dan  kembali ke posisi asal.
    4. Kemudian, ayunkan pula lutut ke kiri dan kembali ke posisi asal.
    ALSO READ:  Aeril Zafrel Tegas Tidak Akan Hantar Anak ke Asrama Kerana Isu Buli

    #4 STANDING TOE TOUCH

    Senaman Standing Toe Touch ini membantu kamu meregangkan hamstring dan menenangkan bahagian bawah badan.

    Foto – Prevention
    1. Tolak tangan ke atas dan angkat bahu.
    2. Kemudian, perlahan-lahankan bengkokkan badan ke depan sehingga capai jari kaki.
    3. Apabila kamu menyentuh jari kaki, tahan seketika sambil gelengkan kepala dalam keadaan “Ya” dan “Tidak” beberapa kali.
    4. Tolak badan ke belakang perlahan lahan untuk kembali ke posisi asal.

    Sebelum lakukan senaman ini, ada beberapa perkara penting yang perlu kamu tahu:

    • Lakukan senaman ini sekali sehari.
    • Tarik nafas dalam-dalam dan tahan sekurang-kurangnya 30 saat (atau lebih jika mampu).
    • Jangan memaksa badan jika tidak mahu badan menjadi sakit atau terlampau letih ketika melakukan senaman ini.

    Selamat mencuba!



    Credit: Kesihatan – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,233FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts