Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentIka Nabella Akui Rasa ‘Demotivated’ Kalau Tak Baca Quran – ‘Sentiasa Paksa...

    Ika Nabella Akui Rasa ‘Demotivated’ Kalau Tak Baca Quran – ‘Sentiasa Paksa Diri Saya Selepas Solat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ika NabellaIka Nabella

    Pelakon Ika Nabella memberitahu dia sentiasa memaksa dirinya untuk membaca al-Quran sekurangnya tiga muka surat setiap kali selepas solat.

    Baca Quran

    Ika NabellaIka Nabella

    Ika atau nama lengkap Nabila Abdul Rahim, berkata, hidupnya seperti tidak lengkap jika tidak membaca kitab suci itu dan merasakan imannya menjadi lemah.

    Saya sentiasa memaksa diri saya untuk membaca Quran selepas solat dan saya rasa tidak bermotivasi sebab apa? Sebab lemah dengan duniawi.

    Iman saya? Lemah-selemahnya, jadi kalau dapat baca tiga muka surat, saya rasa sangat bersyukur.

    Saya sentiasa percaya, usaha yang berpanjangan adalah kuncinya. Insya-Allah, walau apa jua keadaan kita sentiasa berusaha dan perbaiki.

    Ika berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, pada Khamis.

    Inspirasi

    Ika NabellaIka Nabella

    Dalam pada itu, Ika turut berpesan kepada orang ramai supaya mencuri waktu walau sekejap untuk membaca Quran sekurangnya satu muka surat sehari.

    Cuba (baca Quran), kalau awak larat boleh baca lima muka surat setiap hari. Tetapi kalau ada kerja (sibuk) baca tiga muka surat sudah bagus.

    Kalau malas sangat sebab bateri badan rendah, dapat baca satu muka surat sehari pun okay.

    Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, Ika berharap perkongsianya dapat memberi inpirasi kepada orang ramai.

    Saya harap perkongsian saya tidak membuat anda muak. Saya hanya mahu berkongsi perjalanan hidup dalam sosial media.

    Saya kongsi gaya hidup dan pelbagai lagi. Mengapa tidak saya selitkan perkongsian mengenai amalan saya membaca Quran. Mana tahu, setidaknya dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Insya-Allah.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Isteri Fizo Omar Sekali Lagi Curi Tumpuan Netizen, Berjaya Dapat IELTS Band 7!
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts