Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, June 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentIKEA: 2 Resepi Mudah & Cepat Yang Boleh Kamu Tiru Untuk Juadah...

    IKEA: 2 Resepi Mudah & Cepat Yang Boleh Kamu Tiru Untuk Juadah Hari Raya Nanti!

    -

    Shopee CNY Sale

    Lebih kurang dua minggu lebih sahaja lagi sebelum kita menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Setakat ini bagaimana dengan persiapan Raya kamu? Adakah sudah lengkap, masih lagi buat persiapan atau belum mulakan lagi?

    Dan setiap tahun, juadah raya boleh dikatakan sama iaitu ketupat, lemang, rendang ayam atau daging. Untuk tahun ini, apa kata kamu beri sedikit kelainan pada juadah raya dengan mencuba dua resepi daripada IKEA?

    Sekadar info, IKEA telah bergandingan dengan Chef Abang Brian dan Dr. Ezani bagi menghasilkan resepi yang mudah menggunakan bahan-bahan daripada Kedai Khas Makanan Sweden IKEA.

    1. Rendang Bebola Daging 30 Minit oleh Abang Brian

    Apa yang best tentang resepi ini, kamu tidak perlu memasak menggunakan dapur api dan hanya menggunakan microwave sahaja. Bukan itu sahaja, selain gunakan bahan seperti ayam atau daging, kamu akan gantikannya dengan bebola daging IKEA. Memang unik rasanya!

    Foto – IKEA Malaysia

    Bahan-bahan: 

    1. Bahan A

    • 6 biji bawang merah kecil
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 inci kunyit
    • 1 inci lengkuas
    • 1 biji serai
    • 8 biji cili kering
    • 2 sudu besar Sos Cili IKEA
    • Air

    2. Bahan B

    • 1/2 sudu besar biji ketumbar
    • 1/2 sudu kecil biji jintan manis
    • 1/2 sudu kecil biji jintan putih

    3. Bahan lain 

    • ¾ cawan minyak masak
    • 500g bebola daging IKEA
    • 2 cawan santan pekat
    • ½ hirisan asam jawa kering
    • 1 sudu besar pes kelapa panggang
    • 1 daun kunyit
    • 2 helai daun limau purut
    • Gula melaka dan IKEA Sea Salt secukup rasa​
    • IKEA ROSTAD LOK Fried Onion, daun kunyit dicincang dan hirisan cili merah untuk hiasan

    Cara-caranya:

    1. Lumatkan campuran bahan B kering menggunakan lesung batu atau pemproses makanan.​
    2. Kisar semua bahan A menggunakan pengisar dan masukkan air sehingga menjadi pes yang licin.​
    3. Tuangkan pes ke dalam mangkuk tahan panas dan microwave selama 5 minit sehingga minyak cili terpisah.​
    4. Masukkan bahan B yang telah dikisar dan semua bahan lain dan masukkan ke dalam microwave selama 10 minit lagi.
    5. Masukkan bebola daging IKEA dan letak dalam microwave selama 10 minit lagi.​
    6. Taburkan dengan IKEA ROASTED LOK Fried Onion, daun kunyit dan cili merah di atas sebagai hiasan.
    ALSO READ:  Tetap Sambut Raya Bersama Aslam, Misya Akui Sebagai Wanita Bijak Dia Pilih Tidak Memanjangkan Perdebatan

    2. Kek Coklat 5 Bahan oleh Dr. Ezani  

    Sangat mudah, ringkas dan cepat, kek coklat lima bahan ini boleh dilakukan sehari sebelum atau pada pagi Raya tau. Memang senang dan paling penting sedap!

    Foto – IKEA Malaysia

    Bahan-bahan: 

    1. Bahan: 

    • 100 gram mentega masin
    • 140 gram coklat gelap IKEA – dicincang
    • 6 biji telur (asingkan putih dan kuning)​
    • 140 gram biskut IKEA dengan badam – dihancurkan hingga menjadi serbuk​
    • 85 gram gula kastor

    2. Bahan sos coklat 

    • 150 gram coklat susu IKEA – dicincang halus​
    • 50g Oatly

    3. Bahan-bahan hidangan 

    • Gelato kelapa IKEA
    • Biskut oat IKEA
    • Halia IKEA
    • Bunga (yang boleh dimakan)

    Cara-caranya: 

    1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.​
    2. Sediakan loyang kek springform 9 inci. Lapik dengan kertas minyak dan mentega di bahagian bawah dan tepi.
    3. Letakkan coklat hitam dan mentega ke dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan di atas periuk air mendidih (double boiler), kacau sehingga coklat cair. Biarkan ia sejuk selama 5 minit.
    4. Masukkan kuning telur dan serbuk biskut IKEA ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga sebati.​​
    5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur sehingga soft peak terbentuk. Masukkan gula kastor dan pukul hingga stiff peak.
    6. Masukkan satu pertiga daripada putih telur yang dipukul ke dalam adunan coklat dan badam, dan kacau untuk melonggarkan sedikit adunan. Perlahan-lahan masukkan baki putih telur ke dalam adunan. Jangan overmix.
    7. Tuang adunan kek ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar selama 35-45 minit sehingga kek naik dan permukaannya kering dan bahagian tengah kek ditetapkan apabila loyang digoncang.​​
    8. Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sejuk.​
    9. Keluarkan kek dari loyang dan keluarkan kertas pembakar. Letakkan kek di atas pinggan hidangan
    10. Untuk sos coklat, masukkan coklat susu IKEA dan susu oat ke dalam periuk. Panaskan perlahan sehingga coklat cair dan kacau hingga sebati.​​
    11. Hidangkan kek dengan gelato IKEA, sos coklat, serbuk oat IKEA dan serbuk biskut halia.
    ALSO READ:  Wawa Zainal Syukur Tak Bersalin Ketika Jalani Penggambaran Filem Abnormal Buas – ‘Kalau Terberanak Pun Saya Okay Je’

    Kamu boleh mendapatkan bahan-bahannya di Kedai Khas Makanan Sweden IKEA yang terletak di kedai IKEA. Selamat mencuba!



    Credit: Selera – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,435FansLike
    1,183FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts