Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, May 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentInsiden Cermin Kereta Safiq Rahim Dipecah, Isteri Mohon Doa – ‘Ya Allah...

    Insiden Cermin Kereta Safiq Rahim Dipecah, Isteri Mohon Doa – ‘Ya Allah Lindungi Kami Dari Mata-Mata Jahat’

    -

    Shopee CNY Sale


    Safiq RahimSafiq Rahim

    Isteri kepada pemain bola sepak, Safiq Rahim iaitu Zandra Aziela memohon doa dari Ilahi agar mereka sekeluarga dilindungi daripada sebarang musibah.

    ‘Lindungi kami’

    Safiq RahimSafiq Rahim

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zandra juga memohon agar dia dan keluarga dijauhi daripada golongan manusia yang mempunyai hasad dengki serta berniat jahat.

    Ya Allah lindungi kami (keluarga) daripada segala bencana, bahaya, musibah dan mata-mata yang jahat. Amin.

    Dalam hantaran sama, ibu kepada empat cahaya mata itu turut berkongsi semula sebuah petikan atau ‘quotes’ mengenai perancangan Allah yang sudah diatur untuk setiap hamba-Nya.

    Pengaturan Allah atas segala urusanmu lebih baik daripada pengataranmu untuk dirimu.

    Sesungguhnya yang terbaik itu adalah apa yang Allah pilihkan untukmu.

    Malam tadi, cermin kereta Safiq Rahim dipecahkan oleh individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Johor Bahru.

    Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.05 malam itu dikongsikan oleh Safiq sendiri menerusi hantaran di Instagram miliknya berserta foto cermin bahagian belakang keretanya yang telah dipecahkan.

    Insiden menyerang Safiq berlaku selang beberapa hari selepas nasib malang menimpa tonggak pasukan Selangor FC iaitu Faisal Halim yang disimbah asid dalam kejadian di Kota Damansara.

    Sebelum ini, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid turut terbabit dalam kes samun di Terengganu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,417FansLike
    1,203FollowersFollow
    1,048FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts