Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentIra Mohd Amin Kongsi Momen Anak Sambut ‘Birthday’ Dalam Wad – ‘Dia...

    Ira Mohd Amin Kongsi Momen Anak Sambut ‘Birthday’ Dalam Wad – ‘Dia Menangis Sebab Tak Boleh Makan Kek’

    -

    Shopee CNY Sale


    Pengacara, Ira Mohd Amin sering berkongsi mengenai perkembangan terkini tahap kesihatan anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) di Instagram.

    Ulcer dalam mulut

    Terbaru, Ira berkongsi momen Saif menerima kejutan daripada ahli keluarga yang lain di hospital bersempena ulang tahun kelahirannya pada tahun ini.

    Saif sebenarnya tak ada mood. Dia cuba nak gembira semasa hari jadinya. Tapi ulcer dalam mulut buat dia bad mood. Dia lapar tapi tak boleh nak makan sebab sakit bila lalu tekak. Jadi bila dia kena tahan di wad, kami semua kena tukar perancangan. Semua kena bagitahu pasal plan nak buat kejutan dekat dia.

    Paling menyentuh perasaan, Saif hanya berpeluang meraikan ulang tahun kelahirannya selama lima minit sahaja sebelum kembali ke wad.

    Tambah Ira, Saif menangis semasa berada di dalam wad kerana tidak boleh makan kek hari jadinya itu.

    Dia menangis sebab tak boleh telan kek. Dia siap cakap, boleh tak kita sambut birthday lagi sekali selepas Saif keluar dari hospital.

    Terdahulu, Ira memberitahu anaknya sudah menjalani rawatan kemoterapi. Bukan itu sahaja, Ira turut berkongsi momen di mana suaminya turut membotakkan kepala sebagai tanda sokongan terhadap Saif.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,165FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts