Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 10, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJangan Hairan Kalau Suami Isteri Muka Lebih Kurang Sama, Kata Pakar Ini...

    Jangan Hairan Kalau Suami Isteri Muka Lebih Kurang Sama, Kata Pakar Ini Sebabnya…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Muka sama tandanya si dia adalah jodoh kamu, betul ke?

    Selalu sangat kita dengar orang bercakap bahawa muka yang sama dengan seseorang atau pasangan itu tandanya jodoh. Walaupun sedikit sebanyak ada betulnya, tetapi sejauh mana kesahihah tersebut?

    Menerusi bebenang di Twitter,  pakar psikiatri iaitu Dr. Rostam mendedahkan beberapa fakta mengenai isu tersebut. Ujarnya fakta ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik. Antara fakta yang dikongsinya adalah:

    #1 Individu cenderung pilih wajah seiras diri sendiri atau ibu bapa 

    Foto – Pinterest

    Menurut Dr. Rostam berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2011, individu memiliki kecenderungan untuk memilih pasangan yang mempunyai muka yang sama seperti diri sendiri. Selain itu, ada juga yang memilih pasangan yang muka sama seperti ibu bapa mereka.

    #2: Teori ‘Assortative Mating’

    Manakala dari segi teori “Assortative Mating” pula, pakar psikiatri ini mengaitkan tentang fakta corak berpasangan dan bentuk pemilihan seksual. Ujarnya, setiap individu akan memilih pasangan mereka berdasarkan ciri fizikal dan strata sosial yang sama.

    #3: Pilih pasangan yang sama seperti diri sendiri 

    Foto – Pinterest

    Tak dinafikan kebanyakan pasangan ini bukan sahaja mempunyai wajah yang sama, malah personaliti pun boleh seakan-akan sama juga ye. Ini kerana setiap individu yang mencari pasangan, mereka akan memilih individu yang mempunyai tabiat, bahasa badan yang sama. Ia bertujuan untuk membentuk ikatan emosi yang selesa dan membina kepercayaan.

    #4: Pasangan muka seiras miliki sistem imun badan yang sama 

    Foto – Pinterest

    Jangan terkejut pula ye bila pasangan sakit, kamu juga akan jatuh sakit dengannya. Kalau kamu nak tahu selain daripada muka yang sama, sistem imun juga boleh menyerupai antara satu sama lain.

    ALSO READ:  ‘Murka Atau Cinta’ Hiasi Filem Anak Perjanjian Syaitan 2

    #5: Pengalaman hidup 

    Miliki wajah yang sama ini boleh terjadi disebabkan oleh pengalaman hidup bersama. Ia terdiri daripada emosi dan cabaran yang diharungi bersama. Cuba perhatikan pasangan kamu, mana tahu mungkin kedudukan kedutan atau tahi lalatnya berada di tempat yang sama dengan kamu.

    #6: Hubungan yang bahagia boleh menyebabkan muka jadi sama 

    Foto – Pinterest

    Menerusi kajian yang dibuat oleh Robert Zajonc, penyelidik ini telah mengumpulkan gambar perkahwinan pasangan dan bandingkannya dengan wajah yang terkini. Beliau menyatakan semakin tinggi kegembiraan dan kebahagiaan di antara pasangan tersebut, semakin iras muka pasangan tersebut.

    Jadi tak hairanlah kenapa orang asyik memberitahu wajah pasangan sama seperti kembar. Sekarang lihat wajah pasangan kamu, adakah kamu menyerupai si dia atau tidak?




    Credit: Cinta – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts