Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentKalau Cari Restoran Yang Jual Ramen Halal Untuk Buka Puasa, Kamu Patut...

    Kalau Cari Restoran Yang Jual Ramen Halal Untuk Buka Puasa, Kamu Patut Pergi Ke…

    -

    Shopee CNY Sale

    Percayalah dalam bulan puasa ini, selera setiap semua orang pasti menjadi luar biasa. Kalau hari biasa, lihat makanan dijual di pasar raya atau pasar malam, tak terliur pula. Tapi bila dalam bulan puasa, tekak terus nak bedal semua makanan. Ada yang nak makan makanan Timur Tengah, Korea, Barat hingga hidangan tradisional Melayu.

    Tak terlepas juga dengan mereka yang mencari makanan Jepun sebagai hidangan berbuka. Selain daripada sushi dan sashimi, ada yang teringin nak makan ramen yang sedap. Tapi macam mana nak tahu restoran mana yang hidangkan ramen yang terbaik dan halal?

    Maruki Ramen 

    Percayalah kamu pasti akan datang ke restoran ini berulang kali selepas menikmati mi yang dibuat menggunakan tangan. Digabungkan pula dengan sup ayam panas yang kaya dengan rasa, memang sedap!

    Kagura Ramen 

    Kalau ke Lot10, kamu wajib singgah ke restoran Kagura Ramen! Hidangan ramen ini boleh dipilih kuah supnya iaitu premium (ada banyak kolagen) atau asli (sup lebih jernih).

    Ichiban Ramen 

    Yang best dekat sini, sup ramen disesuaikan dengan selera orang Malaysia. Jadi yang pertama kali nak cuba, kamu patut datang ke restoran ini untuk nikmati hidangan ramen pertama kamu! Selain ramen, ada juga pelbagai hidangan lain seperti soba, udon dan nasi goreng.

    Alamat: AEON Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Waktu Operasi: Setiap hari (10pagi-10malam)

    Seirock-Ya Ramen 

    Terletak di Uptown Damansara, speciality restoran Jepun ini adalah ramen toripaitan; kuah ramen yang berkrim, pekat dan cukup perisa yang diperbuat daripada tulang ayam yang direbus selama berjam-jam. Jangan lupa nikmati menu Toripaitan Extreme Egg; hirisan ayam lembut, mi tebal, telur rebus, sayur-sayuran dan minyak perasa makanan laut.

    Boleh bayang betapa sedanya bila menghirup kuah yang lengkap dengan semua perasa bersama mi ramen yang kenyal. Memang oishii!



    Credit: Selera – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts