Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentKamal Bakar Pulang Mengadap Illahi

    Kamal Bakar Pulang Mengadap Illahi

    -

    Shopee CNY Sale

    Industri seni hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran, Kamal Bakar yang telah pergi mengadap Ilahi pada jam 1 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.

    Khabar duka itu dikongsi sendiri oleh anak sulungnya yang juga pelakon, Hanis Kamal menerusi hantaran di Facebook,  memohon doa orang ramai buat Allahyarham bapanya itu.

    “Assalamualaikum semua, dimaklumkan bahawa ayah saya Kamaruldzaman bin Bakar (Kamal Bakar) telah meninggal dunia sebentar tadi.

    Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan surah Al-Fatihah buat ayah saya ye. Jenazah akan dibawa pulang ke rumah dahulu.”-kongsi Hanis Kamal di Facebook

    Akan Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka

    Tambah Hanis, jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka untuk urusan mandi dan kafan, serta akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka.

    “Jam 11.30 pagi, jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka untuk urusan mandi dan kafan.

    Solat jenazah selepas Zohor dan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka.”-tulis Hanis lagi

    Pada pertengahan Jun, Hanis Kamal memaklumkan mengenai keadaan bapanya ketika yang disahkan mengidap Kanser paru-paru tahap empat dan kaner itu juga telah merebak ke dada, salur darah, dan berhampiran rusuk.Malah, bapanya juga mengalami strok dan terdapat kuman di dalam darah.

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,165FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts