Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentKanak-Kanak Mudah Dimanipulasi & Diancam Secara Seksual Atas Talian, Ibu Bapa Perlu...

    Kanak-Kanak Mudah Dimanipulasi & Diancam Secara Seksual Atas Talian, Ibu Bapa Perlu Perjelas Risiko Dunia Siber

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Gambar sekadar hiasan

    Disebalik kemajuan era digital, kemudahan komunikasi dan akses maklumat yang berkembang pesat ia sebenarnya mempunyai risiko terutama pada kanak-kanak.

    Ancaman membimbangkan

    Lelaki TelefonLelaki Telefon

    Gambar sekadar hiasan

    Berdasarkan kajian oleh penyelidik Universiti Edinburgh, United Kingdom, lebih daripada 300 juta kanak-kanak di seluruh dunia terdedah kepada ancaman eksploitasi dan penyalahgunaan seksual dalam talian setiap tahun.

    Malah, satu daripada lapan kanak-kanak telah menjadi mangsa perkongsian kandungan seksual tanpa izin.

    Manakala di Malaysia pula, situasi ini turut mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.

    Jumlah permohonan untuk menghapuskan kandungan berkaitan Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM) yang pernah dilaporkan oleh Bernama pada 19 November 2024 lalu telah meningkat dengan ketara iaitu daripada 525 kes pada tahun 2023 kepada 815 kes pada tahun ini.

    Sextortion dan sexting

    Gambar sekadar hiasan

    Sextortion merupakan ancaman terbesar yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam dunia digital. Iaitu pemangsa menggunakan platform media sosial dan aplikasi pesanan dalam talian untuk memanipulasi kanak-kanak supaya berkongsi kandungan eksplisit dengan ancaman kepada pendedahan atau bahaya.

    Selain itu, amalan sexting, iaitu menghantar mesej atau gambar eksplisit turut menjadi kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan remaja masa kini. Dalam masa yang sama, sexting juga boleh menyebabkan buli siber dan memberi impak sosial yang berpanjangan.

    Untuk makluman, satu tinjauan di Amerika Syarikat pada September 2022 di www.commonsensemedia.org yang melibatkan 1,300 orang remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun juga mendapati bahawa 73% daripadanya telah terdedah kepada pornografi dalam talian, dengan lebih separuh daripada mereka pertama kali melihat pornografi pada usia 13 tahun.

    Peranan ibu bapa

    Gambar sekadar hiasan

    Sebagai langkah awal, ibu bapa mestilah memupuk suasana komunikasi yang terbuka bersama anak-anak. Perbualan mengenai ancaman dalam talian seperti sextortion dan sexting tersebut akan membantu anak-anak memahami risiko yang wujud selain meyakinkan mereka bahawa sokongan sentiasa tersedia. Menerusi pendekatan ini, anak-anak akan lebih berani berkongsi pengalaman mereka tanpa rasa takut atau malu.

    ALSO READ:  Siri Honor 200: Telefon Pintar Mid-Range Pertama dengan Ciri Flagship AI

    Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu bersama anak-anak menerangkan mengenai risiko dunia siber, sesuai dengan usia dan tahap pemahaman mereka.

    Ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana yang kondusif bagi anak-anak untuk berkongsi pengalaman mereka di alam maya. Persekitaran yang menyokong ini dapat memberikan keyakinan kepada anak-anak untuk menceritakan sebarang perkara yang mengganggu atau meresahkan mereka kepada ibu bapa atau orang dewasa lain yang dipercayai. Dengan cara ini, anak-anak akan merasa dilindungi dan tidak terasing dalam menghadapi cabaran siber.

    Perkara paling penting adalah ibu bapa perlu berhati-hati dalam memberi anak-anak kecil akses kepada peranti elektronik atau platform media sosial tanpa kawalan.  Ibu bapa perlu kawal anak-anak dengan menetapkan had penggunaan dan menyediakan peraturan.

    Ia secara tidak langsung dapat membantu melindungi anak-anak daripada ancaman yang tidak diingini, sambil membentuk tabiat penggunaan teknologi yang bertanggungjawab.

    Sebagai langkah tambahan, bagi mereka yang memerlukan bantuan, Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia boleh dihubungi melalui e-mel di [email protected] atau talian 1-300-88-2999 (dipantau semasa waktu bekerja).

    Kempen Peduli Seks

    Gambar sekadar hiasan

    Oleh itu, kempen Peduli Seks memfokuskan kepada pendidikan kanak-kanak dan remaja mengenai risiko seks dalam talian, serta mendorong mereka untuk membuat keputusan yang lebih selamat daripada terdedah kepada kandungan berbahaya.

    Kempen Peduli Seks merupakan salah satu usaha untuk merubah cara kita mendekati pendidikan seks. Ia adalah salah satu langkah proaktif dalam memperkasa generasi muda dengan pengetahuan tentang kesihatan seksual, membanteras penyebaran maklumat palsu, serta meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya persetujuan dan tanda-tanda penderaan.

    Empat tunjang utama yang menjadi asas kepada pendekatan yang lebih holistik dan berkesan yang difokuskan kepada kempen ini iaitu:

    • Kesihatan
    ALSO READ:  Siti Khadijah Pernah Terima Layanan Buruk Di Awal Pembabitan Sebagai Pelakon – ‘Dicampak Skrip, Dimaki Perkara Normal’

    Kempen ini memberi penekanan terhadap kesihatan seksual lelaki dan wanita, termasuk penggunaan kontraseptif dan penjagaan kesihatan reproduktif. Memberikan pengetahuan asas ini kepada individu membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik mengenai tubuh mereka.

    • Keluarga & Hubungan

    Memupuk pemahaman mengenai konsep persetujuan, mengenali tanda-tanda penderaan emosi, fizikal, dan seksual, serta menggalakkan hubungan yang sihat adalah penting dalam usaha untuk membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan empatik. Kempen ini turut menggalakkan komunikasi terbuka di kalangan ahli keluarga.

    • Komuniti

    Komuniti memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam memberikan sokongan kepada individu yang terjejas akibat gangguan seksual. Melalui organisasi yang berkaitan, isu sosial seperti gangguan seksual dapat ditangani dengan lebih berkesan.

    • Dasar & Advokasi

    Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai dasar dan undang-undang tempatan yang berkaitan dengan kesihatan seksual, sambil menggalakkan penglibatan orang ramai dalam memperjuangkan pendidikan seks yang komprehensif.

    Dalam hal ini, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) turut memainkan peranan penting dan akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menangani isu-isu keselamatan dalam talian, termasuk sextortion dan penyebaran kandungan tidak sesuai.

    Sebagai inisiatif berterusan, CMCF menyokong pengukuhan kerjasama antara penyedia perkhidmatan media sosial, pengawal selia dan organisasi keselamatan kanak-kanak dalam merangka dasar yang komprehensif bagi menangani tingkah laku berbahaya dalam talian. Usaha ini bertujuan memastikan tindakan yang proaktif dan reaktif dilaksanakan, sekaligus melindungi keselamatan dan kesejahteraan generasi muda di dunia digital.

    Sekiranya terdapat kandungan berkaitan eksploitasi seksual kanak-kanak atau bahan tidak wajar, laporan boleh dibuat melalui laman web rasmi www.contentforum.my atau disalurkan terus kepada pihak berkuasa berkaitan.

    Tindakan segera dengan melaporkan kandungan-kandungan seperti itu ke CMCF serta penyedia perkhidmatan media sosial adalah kunci bagi melindungi pengguna daripada ancaman digital yang semakin berleluasa.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ibu Zarina Zainuddin Meninggal Dunia – ‘Kali Terakhir Saya Mesej Mak Malam Tadi..’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts