Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentKes Gangguan Seksual: Saksi Ketujuh Mendakwa Telefon Bimbit Ebit Lew Melayari Laman...

    Kes Gangguan Seksual: Saksi Ketujuh Mendakwa Telefon Bimbit Ebit Lew Melayari Laman Web Lucah Sebelum Ini

    -

    Shopee CNY Sale


    Kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew masih lagi belum selesai dan sedang dibicarakan di mahkamah.

    Ada sejarah layari laman web lucah

    Foto: Harian Metro

    Terbaru, Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz, 43, selaku saksi ketujuh memaklumkan bahawa terdapat sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit yang dianalisisnya.

    Memetik laporan Harian Metro, laman sesawang tersebut didakwa dilayari menerusi aplikasi Google dan hasil analisis yang telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

    Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut.

    Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah.

    Tambah Latifah lagi, beliau telah membuka beberapa laman sesawang dengan cara merujuk kepada hasil analisis bagi memastikan laman sesawang yang dilayari itu adalah laman sesawang yang mempunyai unsur lucah.

    Hasil daripada siasatan dan analisis yang dilakukan, ia mendapati bahawa sejarah laman sesawang yang terdapat di dalam telefon bimbit suspek sememangnya laman sesawang berunsur lucah.

    Difahamkan, antara laman sesawang yang dilayari termasuklah berkaitan dengan “gangguan seksual”, “Undang-undang gangguan seksual di Malaysia”, “gurau lucah berisiko disumbat penjara” dan “Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual”.

    Perbicaraan tanpa kehadiran Ebit Liew

    Foto: Harian Metro

    Latifah turut memaklumkan terdapat sebanyak 219 tangkap layar perbualan daripada aplikasi WhatsApp bermula pada 4 Mac 2021 menerusi satu lagi telefon yang dianalisisnya dan segala tangkap layar itu telah disimpan dalam cakera padat (CD).

    Gambar satu (tangkap layar) menunjukkan paparan berkaitan nombor telefon milik penghantar mesej. Dalam paparan itu menunjukkan tarikh bermulanya perbualan mesej pada 4 Mac 2021 yang berikutnya (dalam bentuk tangkap layar) adalah isi perbualan.

    Sekadar info, perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada petang Rabu itu dijalankan tanpa kehadiran Ebit Liew yang digantikan peguam, Ram Singh selepas mendapat kebenaran mahkamah.

    ALSO READ:  ‘Doa Umrah Dua Tahun Lalu Dimakbulkan Allah’ – Wan Maimunah Tak Percaya Terima Panggilan Haji

    Difahamkan, Ebit tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang menunaikan ibadah haji di Makkah.

    Terdahulu, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, 37, dipanggil pihak polis pada Ogos 2021 yang lalu bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan sebuah video lucah yang dikatakan mirip dengan rupanya tersebar di internet.

    Walau bagaimanapun, Ebit mengaku tidak bersalah dan mengatakan itu merupakan satu fitnah melampau yang cuba memburukkan namanya.

    Namun, seorang lagi pendakwah bebas, Firdaus Wong tampil memberikan keterangannya di Mahkamah Tenom, Sabah memaklumkan ada melihat beberapa mesej serta gambar lucah di telefon bimbit seorang wanita yang mendakwa kiriman Ebit Lew.

    Ebit kini berdepan dengan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

    Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan sekiranya Ebit didapati bersalah, pendakwah bebas itu bakal berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts