Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentKonsert Tunggal Pertama ‘D’MASIV 20AD TO THE WORLD 2023’ Di Kuala Lumpur,...

    Konsert Tunggal Pertama ‘D’MASIV 20AD TO THE WORLD 2023’ Di Kuala Lumpur, Ini Harga Tiketnya!

    -

    Shopee CNY Sale

    D’Masiv merupakan sebuah kumpulan muzik rock band yang berasal dari Indonesia Yang bertapak di Jakarta. Pemilik lagu yang berjudul Cinta Ini Membunuhku itu, akan mengadakan konsert tunggal jelajah mereka yang pertama di Malaysia.

    kumpulan yang dianggotai oleh Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marshall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), rayyi kurniawan Iskandar Dinata (bes) dan Wahyu Piadji (dram) telah memilih untuk melakukan persembahan pembukaan bagi konsert tunggal jelajah dunia yang pertama itu di Malaysia, selepas pengurus mereka  bertemu dengan penganjur Iaitu Neptunes Presents.

    Malaysia Menjadi Negara Pembukaan Konsert D’Masiv

    Bersempena dengan menyambut ulang tahun yang ke-20, mereka mengadakan siri konsert tunggal jelajah dunia, yang akan di adakan di Malaysia pada Jun nanti dan kemudian mereka akan menyambung konsert jelajah tersebut pada awal Julai di Jakarta, Perth dan Times Square New York city. Ada beberapa Negara lain yang mereka masih menunggu jawapan untuk membuat konsert.

    Menurut D’Masiv mereka akan membawakan sebanyak 23 hingga 25 buah lagu dan penyanyi undangan dari Malaysia masih lagi dalam perancangan.

    “Ada beberapa penyanyi yang kami masih terfikir untuk berkolaborasi di konsert nanti antaranya, Masdo, Bunkface serta Amy Search”-kata D’Masiv

    Menurut D’Masiv, jika penjualan tiket Sold Out dan masih mempunyai permintaan dari peminat di Malaysia, maka mereka akan mengadakan Hari ke-2 dan kesemuanya itu bergantung kepada keadaannya nanti.

    Konsert di Malaysia itu nanti, bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Jun 2023 jam 8 malam, di mana tiket penjualan akan bermula di jual kepada orang ramai pada 17 Mac ini di website www.startix.live. D’Masiv akan mengadakan sesi Meet & Greet bagi peminat yang membeli tiket VIP BOX nanti.



    Credit: #ApaPlan – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts