Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, May 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentNabila Razali Ingat Pesanan Suami – ‘Ujian Dalam Rumah Tangga Orang Lain...

    Nabila Razali Ingat Pesanan Suami – ‘Ujian Dalam Rumah Tangga Orang Lain Juga Ujian Untuk Diri Kita Menahan Daripada Berkata-Kata’

    -

    Shopee CNY Sale


    Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memberitahu dia lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah rumah tangganya di media sosial.

    Masih belajar

    Menerusi temu bual bersama Nabila berkata, dia sangat berharap semua orang menghormati privasi rumah tangganya dan suami yang masih dalam fasa berbulan madu lagi.

    Sebagai manusia, saya juga lakukan kesilapan tapi saya akan berusaha untuk menjaga hal rumah tangga. Lebih baik saya simpan sendiri hal rumah tangga dengan suami.

    Saya baru lima bulan berkahwin dan masih lagi belajar alam rumah tangga dan perkahwinan lagi.

    Apa yang saya perlu ambil ambik tahu dalam perkahwinan ini ada tiga perkara iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah. Itu sahaja yang saya pegang. Kalau ada ujian dalam rumah tangga pun biarlah yang ringan sahaja.

    Disoal mengenai isu rumah tangga artis yang berlaku sejak kebelakangan ini, kata Nabila, perkara itu sebenarnya sudah berlaku sejak dahulu lagi.

    Isu rumah tangga artis ini puncanya boleh jadi apa-apa pun dan bukan dari orang ketiga sahaja tapi diri kita sendiri dan pasangan. Sebab itu kita sendiri perlu berjaga-jaga.

    Kata Nabila lagi, menurut suaminya, ujian rumah tangga setiap orang adalah berbeza-beza.

    Suami berpesan pada saya, bahawa ujian dalam rumah tangga orang lain juga ujian untuk diri kita menahan dari berkata-kata tentang orang lain. Bila kita tengok isu itu selalu keluar di ‘feed’ laman sosial, kita kena kawal mulut, mata dan telinga kita dari berkata-kata tentang orang lain.

    Apapun, saya berharap segalanya dipermudahkan untuk semua orang.

    Untuk rekod, Nabila dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, selamat bernikah pada 18 November tahun lalu pada majlis tertutup di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat masing-masing.

    ALSO READ:  Hutang Dan Tak Bayar Nafkah Bekas Isteri Punca Penceraian, Kisah Silam Suami Baru BCL Tiko Dibongkar

    Nabila ditemui pada majlis Bougas Raya premier dan pelantikannya sebagai jurucakap produk kecantikan berkenaan di Damansara, di sini, baru-baru ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,417FansLike
    1,203FollowersFollow
    1,048FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts