Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentNgeri! The Simpsons Dikatakan Telah Meramalkan Kejadian Kapal Selam Titan

    Ngeri! The Simpsons Dikatakan Telah Meramalkan Kejadian Kapal Selam Titan

    -

    Shopee CNY Sale

    Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita mengenai kapal selam Titan yang hilang semasa melakukan lawatan ke Kapal Titanic.

    Sejurus selepas kehilangan kapal Titan di Atlantik, berita terbaru memaklumkan kapal tersebut meletup dan sekaligus membunuh lima penumpangnya.

    The Simpson Meramalkan Kejadian?

    via Dexarto

    Sebelum ini juga kita seringkali mendapat berita di media sosial mengenai perkara yang terjadi di dalam The Simpson yang dikaitkan dengan perkara realiti yang terjadi di dalam dunia.

    Kali ini The Simpsons berjaya membuat peminat ngeri dengan kejadian yang sama dengan Kapal Selam Titanic. Peminat mengesyaki The Simpsons telah berjaya meramalkan masa depan sekali lagi.

    Dalam satu episod The Simpsons, terdapat satu babak yang menunjukkan kapal selam di mana watak utama menyelam ke lautan untuk melihat bangkai kapal.

    Tersangkut Di Terumbu Karang

    via Risky Low

    Tetapi, apabila dia tiba di bangkai kapal, kapal selam The Simpsons tersangkut di terumbu karang. Malangnya, oksigen dalam kapal selam telah kehabisan.

    Walaupun, episod The Simpsons diilhamkan daripada filem Crimson Tide, nampaknya episod itu serupa dengan peristiwa kapal selam Titan.

    Spekulasi The Simpsons meramalkan kehilangan kapal selam Titan dalam episod Simpson Tide 1998 dipertikaikan oleh penulis dan penerbit veteran rancangan Mike Reiss. Malah, dia mengaku terlupa membuat episod tersebut.

    Dikatakan Hampir Sama Dengan Kejadian Kapal Selam Titan

    via The Daily O

    Dalam episod 19 Musim 9 The Simpsons, Homer dan Faribanks menemui bangkai kapal yang penuh dengan harta karun, sebahagian daripadanya mereka dapatkan semula menggunakan lengan robot.

    Namun, penemuan lumayan ini bertukar tragis apabila Homer tersesat dan terperangkap di terumbu karang.

    Untuk makluman, insiden Kapal Selam Titanic bermula dengan kehilangan radar kapal selam yang dipanggil OceanGate.

    ALSO READ:  “Mereka Tidak Begitu Bijak” – Jeslina Hashim Beri Nasihat Buat Ning Baizura Untuk Memadam Segala Komen Yang Melibatkan Kebencian

    Malangnya, Kapal Selam Titan mengalami letupan dahsyat yang dipercayai telah mengorbankan lima penumpangnya.



    Credit: Filem – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts