Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSasha Abdul Aziz Berang Dituduh Tak Ajar Anak Berhenti Hisap Puting –...

    Sasha Abdul Aziz Berang Dituduh Tak Ajar Anak Berhenti Hisap Puting – ‘Jangan Menyibuk, Saya Tahu Cara Didik Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang pengguna media sosial mempersoalkan tindakan pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz yang masih memberikan puting kepada puteri bongsunya.

    Anak hisap puting

    Menerusi hantaran di Instagram Story, individu terbabit turut mempersoalkan fungsi pembantu rumah yang didakwa tidak membantu mendidik anaknya elak menggunakan puting.

    Kenapa pakai helper dua tapi yang kecil tu tak diajar elak puting? Mudah la kerja helper.

    Tidak berdiam diri, Sasha membalas pertanyaan individu terbabit dengan memberitahu anaknya dalam tempoh percubaan untuk tidak lagi menghisap puting.

    Anak saya yang hisap puting, awak pula yang dengki. Apa masalah kalian?

    Anak saya baru habis tempoh percubaan tak guna puting okay, jangan menyibuk.

    Jangan menyibuk

    Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, Sasha meminta netizen supaya tidak mempersoalkan cara dia dan pembantunya mendidik anak-anaknya.

    Jangan menyibuk cara dan pembantu saya. Tiada kaitan dengan awak semua.

    Saya tahu macam mana nak mendidik anak-anak saya.

    Sekadar info, Sasha memiliki dua puteri hasil perkahwinan dengan Daily Doseof Liu yang merupakan seorang mualaf.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts