Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Saya Sudah Fikir 20 Tahun Ke Depan Mengenai Segala Keperluan Nur Izzara’...

    ‘Saya Sudah Fikir 20 Tahun Ke Depan Mengenai Segala Keperluan Nur Izzara’ – Ramli MS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk Ramli MSDatuk Ramli MS

    Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS memberitahu dia sudah merancang 20 tahun ke hadapan mengenai kehidupan dan keperluan anak angkatnya, Nur Izzara.

    20 tahun ke depan

    Datuk Ramli MSDatuk Ramli MS

    Menolak soal ajal, Ramli, 65, atau mesra disapa Tok Ram berkata, sejak hari pertama anak angkatnya menjejakan kaki ke dalam rumah, dia sudah memikul satu tanggungjawab baharu.

    Apabila anak itu sudah masuk ke dalam rumah, saya sudah memikul satu tanggungjawab. Saya sudah fikir 20 tahun ke depan mengenai segala keperluannya.

    Sama ada saya panjang umur atau tidak, saya perlu memikirkan tentang kehidupan anak itu 20 tahun ke depan. Kena fikir tentang pembejalaran dan lain-lain.

    Tok Ram berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert minggu pertama Gegar Vaganza 11 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Tok Ram mengakui kehidupannya dengan isteri, penyanyi Datin Alyah sedikit berbeza selepas kehadiran Nur Izzara.

    Ini bukan soal kekok apabila ada anak, saya dah hidup 65 tahun dan sudah faham perangai manusia.

    Ketika umur saya 30, saya sudah dapat anak pertama. Pengalaman dahulu dengan kehadiran anak angkat yang sekarang, keadaan sedikit berbeza.

    Kalau boleh saya mahu ambil lagi anak-anak yang kurang bernasib baik. Ambil lima, sepuluh orang pun saya okay.

    Nasihat mahu berkahwin

    Datuk Ramli MSDatuk Ramli MS

    Sementara itu, Tok Ram turut menitipkan pesanan kepada golongan muda yang ingin mendirikan rumah tangga supaya berfikir dengan betul sebelum berkahwin.

    Siapa-siapa lelaki yang mahu berkahwin, tolong fikir tentang 20 tahun ke depan. Anak bukan satu pelaburan.

    Jangan fikir satu pelaburan apabila anak sudah besar akan jaga orang tua mereka. Jangan fikir bergitu, kerana kadang kala anak boleh derhaka dengan ibu bapa mereka.

    Terdahulu, Alyah menerusi hantaran di Instagram berkongsi berita gembira apabila mengambil seorang anak angkat perempuan.

    ALSO READ:  Ramai Anak Muda Ajak Keluar Dating, Maria Farida Akui Tetap Setia Walau Digoda Lelaki Pucuk Muda

    Alyah mendirikan rumah tangga dengan Tok Ram pada 2013. Namun, mereka belum dikurniakan anak.

    Bagaimanapun, Tok Ram yang pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik, Jennifer Thompson dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini sudah dewasa dan mempunyai kerjaya masing-masing.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts