Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 11, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sejak Saya Berhijab, Ramai Pula Yang Mendekati’ – Nora Danish

    ‘Sejak Saya Berhijab, Ramai Pula Yang Mendekati’ – Nora Danish

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nora DanishNora Danish

    Pelakon Nora Danish memberitahu dia masih belum terbuka hati untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki selepas berpisah dengan bekas suami, Nedim Nazri.

    Ada yang mendekati

    Nora DanishNora Danish

    Bagaimanapun, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, mendedahkan, ada beberapa kenalan terdekat dan jauh yang cuba mendekati sejak dia berhijab.

    Buat masa sekarang saya tidak fikir lagi fasal jodoh, sebab masih dikira baru berpisah dengan bekas suami. Saya pun masih dalam fasa berhijrah.

    Sejak saya berhijab ini, ramai pula ya (cuba mendekati). Kawan-kawan dan orang jauh ada yang cuba mendekati tetapi saya kata bukan sekarang.

    Nora berkata demikian ketika ditemui di acara Zumba with Abby Abadi yang berlangsung di sekitar ibu kota, baru-baru ini.

    Jaga hubungan baik

    Nora DanishNora Danish

    Dalam pada itu, disoal mengenai Nedim yang dilihat seakan mahu kembali bersama, Nora menjawab, mereka selesa berkawan dan masih menjaga hubungan baik demi anak.

    Saya tidak boleh bercakap bagi pihak dia (Nedim). Tetapi saya rasa dia pun sudah boleh menerima apa yang berlaku antara kami sekarang, perkara ini (move on) mengambil masa.

    Saya berdoa agar dia meneruskan kehidupannya seperti biasa. Saya daripada dahulu percaya walaupun tidak boleh bersama tetapi hubungan itu kekal baik kerana kita ada anak bersama.

    Sudah tentu kita manusia biasa ada persengketaan dan perselisihan faham tetapi saya sedaya upaya cuba untuk berdamai.

    Untuk rekod, Nora dan Nedim mendrikan rumah tangga pada 30 Mac 2017, namun berpisah pada 16 Jun lalu.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Neyqal yang kini berusia enam tahun.

    Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ahsram atau lebih dikenali sebagai Jejai pada Jun 2006, namun bercerai dua tahun kemudian.

    ALSO READ:  Elizabeth Tan & Suaminya Berharap Untuk Rezeki Zuriat Pertama – ‘Kami Harap Dapat Dalam Tempoh 2 Bulan Ini’

    Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal, 15.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,225FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts