Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSudah 10 Tahun Iwan Bangunkan Madrasah Di Sumatera Utara

    Sudah 10 Tahun Iwan Bangunkan Madrasah Di Sumatera Utara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Iwan Syahman memberitahu dia berasa lebih tenang selepas berjuang ke arah agama.

    Bina madrasah

    Menerusi laporan Harian Metro, Iwan berkata, dia  bersyukur mendapat hidayah daripada Allah yang membawanya berjihad dalam agama selagi nyawa dikandung badan untuk ‘saham akhirat’ di sisi Yang Maha Esa.

    Alhamdulillah, saya amat tenang dengan cara hidup sekarang yang berjuang untuk agama dengan berdakwah ke jalan Allah. Bagi saya, apa yang harus dikejar adalah akhirat kerana dunia ini sementara dan akan hancur.

    Untuk itu saya perlu pastikan diri sentiasa istiqamah dengan jalan dakwah ini demi agama yang dijunjung. Allah juga sudah tutupkan keinginan kurang baik yang pernah hadir di hati saya sebelum ini.

    Berbicara lebih lanjut, Iwan mengakui bahawa dia pernah terfikir untuk menguruskan penyanyi wanita dalam syarikat rakamannya, teruskan berdangdut dan menjadi bos yang dilimpahi banyak wang.

    Bagaimanapun, selepas saya tersedar dan kembali mendekatkan diri kepada agama, Allah gantikan dengan ‘pengurusan syarikat’ yang lebih baik untuk persediaan saya ke akhirat iaitu madrasah atau sekolah agama.

    Alhamdulillah sekarang di Indonesia sudah 10 tahun saya menjalankan Madrasah Taman Tahfiz Darul Islam di Kisaran, Sumatera Utara milik saya yang dibangunkan di kampung halaman saya sendiri.

    85 penghuni

    Tambah Iwan, ketika ini madrasahnya mempunyai 85 orang penghuni, berbanding sebelum pandemik Covid-19 yang pernah dihuni kira-kira 400 orang.

    Disebabkan komitmen pada madrasah itu juga, saya biasanya balik ke Indonesia setiap sebulan atau dua bulan sekali bagi memantau dan memastikan pengurusan pendidikan agama di sana berjalan lancar.

    Saya tidak pernah menyangka dan apatah lagi bermimpi akan mendapat bimbingan Allah sejauh ini dalam usaha saya mencari keredaan daripada-Nya untuk akhirat nanti. Kini, saya hanya mampu bersyukur.

    Jelas Iwan, kebanyakan penghuni madrasah terdiri daripada anak yatim.

    ALSO READ:  [VIDEO] Telatah Anak Ernie Zakri Ikut ‘Jogging’ Raih Perhatian Ramai!-“Ketiak Lala Melekit Laaa..”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts