Jarang sekali kita mendengar selebriti versatil, Alif Satar terpalit dengan gosip murahan.
Walau bagaimanapun, Alif akui hanya .
‘Unproblematic man’
Menjawab pertanyaan berkenaan namanya yang bersih dari isu negatif, Alif meluahkan rasa bersyukur tuhan menutup aib.
Ujarnya, tiada siapa yang sempurna sekali gus mengakui kekurangan pada diri sendiri.
Tiada siapa yang sempurna.
Alhamdulillah tuhan tutup aib saya.
Tapi kita masing-masing ada kelemahan.
Cuma kita cuba jadi yang terbaik untuk menjadi inspirasi kepada yang lain.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Cukup Indah’ itu berpandukan Al-quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.
Alif berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis.
Meskipun membawa gelaran ‘unproblematic man’, Alif tidak merasakan sebagai satu bebanan.
Saya hanya jadi diri saya.
Saya tidak rasa beban sebab ianya bukan lakonan.
Kita dah tahu contoh yang terbaik siapa, kita ikut sahaja.