Siapa yang tidak mengenali pelakon, model dan usahawan Malaysia, Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Wawa Zainal adalah individu yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan kita.
Wawa Zainal memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2011 sebelum mengambil keputusan untuk berehat sebentar selepas berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel.
Selepas Berkahwin, Wawa Zainal mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan bagi memasarkan produk kosmetik jenamanya sendiri. Kini Jenama Wawa Cosmetics mampu untuk menaja rancangan nilaian jutaan ringgit.
“Rambut Anak Dia Cantik Betul Macam Pakai Rambut Palsu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Aeril Zafrel yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 534 ribu, tanda suka sebanyak 19 ribu dan sebanyak 194 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Wawa Zainal yang merakam suaminya memakaikan anak perempuan mereka mascara dan hasilnya kelihatan sangat cantik.
Cara Pakai Mascara Wawa Zainal: Benarkah Ini yang Betul? | TikTok
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat keluarga pasangan selebriti ini tambah pula anak-anak mereka yang sangat segak dan bergaya.
Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?