Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Kalau Dah Tak Sayang, Saya Akan Pindah Dubai”-Siti Nurhaliza

    [VIDEO] “Kalau Dah Tak Sayang, Saya Akan Pindah Dubai”-Siti Nurhaliza

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Ya Allah, Tergamak Dia Tanya Sayang Ke Tak Of Course La Sayang!”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @alffyyym yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak82 ribu, tanda suka sebanyak3,039 dan sebanyak 187 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menjawab soalan peminat yang menanyakan bahawa adakah beliau tidak mahu untuk pindah ke Dubai.

    @alffyyym

    comel gila please live tokti dikala jam 2 pagi tadi @Siti Nurhaliza 🫶🏻 #sitinurhaliza #fyp #sitizoner #tokti

    ♬ original sound – alfy ✨ – alfy ✨

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jika Tokti pindah ke Dubai pasti mereka kesunyian kerana tidak akan ada konsert Tokti disini lagi.

    Apa-apa pun, itu hanyalah gurauan Tokti sahaja. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts