Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment ‘Kita Cari Pelakon Yang Berkarisma, Tak Perlu Kacak Pun’ – Rosyam...

    [VIDEO] ‘Kita Cari Pelakon Yang Berkarisma, Tak Perlu Kacak Pun’ – Rosyam Nor

    -

    Shopee CNY Sale


    rosyam nor karismarosyam nor karisma

    Aktor berpengalaman, Datuk Rosyam Nor menegaskan bahawa daya penarik yang ada pada seseorang pelakon adalah faktor utama mereka kekal relevan di dalam industri berbanding rupa paras.

    Bukan sekadar rupa

    rosyam nor karisma 2rosyam nor karisma 2

    Ketika ditemui , Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Nor Shamsuddin berkata karisma dan bakat yang ada pada pelakon akan membantu mereka dalam menjayakan watak dan penonton akan mendapat impak lakonannya.

    Banyak yang kacak tapi kita bukan cari yang kacak sahaja..kita cari pelakon yang berkarisma. Tak perlu kacak pun.

    Kacak tapi kalau tak ada bakat pun tak ke mana juga. Karisma tu yang kacak. Bukannya dia ‘jambu’, dia kacak.

    Orang yang karismatik dan dapat membawa watak dengan baik kerana itu dia akan melekat di hati peminat.

    Mengulas lanjut, aktor berusia 57 tahun itu berkata pandangan penonton terhadap pelakon adalah berbeza-beza.

    Namun Rosyam berpendapat seorang pelakon yang baik mestilah mempunyai peminat dari segenap lapisan masyarakat.

    Contohnya macam saya, ada juga penonton yang tak suka saya, ketika saya muda pun begitu juga.

    Ada pelakon yang dia hanya diminati oleh peminat perempuan sahaja, tetapi pelakon yang berjaya dia diminati oleh lelaki dan perempuan, tua dan muda. Itu menunjukkan bahawa mereka berjaya.

    Rosyam berkata demikian pada majlis tayangan perdana drama X-Change yang berlangsung di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Pelakon baru takut bekerjasama

    rosyam nor karisma 3rosyam nor karisma 3

    Dalam masa yang sama, teraju utama filem Memoir Seorang Guru tersebut juga mengulas tentang bakat baru yang dikatakan gerun untuk bergandingan dengannya.

    Bagaimanapun, Rosyam menafikan perkara tersebut meskipun menyifatkan dirinya sebagai seorang serius.

    Saya di set penggambaran agak serius dan cerewet tapi saya adalah orang yang sangat mudah.

    Masa saya mula-mula berlakon dengan Datuk Rahim Razali dulu pun ‘goyang’ juga. Esok saya nak shooting dengan dia, malam ini saya tak boleh tidur.

    Jadi ianya sama sahaja dengan pelakon lain.

    Bagi Rosyam, ketakutan yang dialami adalah sebagai tanda hormat mereka kepada pelakon yang lebih berpengalaman.

    Itu menujukkan mereka lebih hormat dengan orang yang lebih senior.

    Ketakutan itu bukan sebab saya garang, tapi ianya adalah sama ada mereka boleh membawa watak atau pun tidak.

    Dan di situlah datangnya saya untuk bekerjasama dengan mereka.

    Untuk info, selain padat dengan babak aksi, heist dan konflik drama, siri premium Astro Originals ini turut memaparkan kisah cinta berlainan kaum atau interracial relationship, ia akan memberi sentuhan unik kepada penggemar-penggemar siri romantik, terutamanya kepada generasi muda.

    ALSO READ:  Murah-murah! Jom Semak Tawaran Paling Berbaloi di Jualan Mega vivo x Shopee 6.6

    Drama yang penuh debaran ini dibintangi oleh barisan pelakon berpengalaman serta yang meningkat naik termasuk Hariz Hamdan, Arfie Shah, Joey Leong , Sadiq M. Jamil, Steve Yap, Marisa Yasmin, Angeline Tan, Alvin Wong, Shweta Sekhon dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,436FansLike
    1,165FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts