Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 11, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Suami Hadiahkan Shaniena Natasha Penerbangan ‘Business Class’ Sempena Hari Jadi ...

    [VIDEO] Suami Hadiahkan Shaniena Natasha Penerbangan ‘Business Class’ Sempena Hari Jadi – ‘Dia Tak Nak Saya Sakit Belakang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan dan pempengaruh Shaniena Natasya berkongsi rasa teruja apabila dapat merasai pengalaman menaiki penerbangan ‘business class’ menuju ke London.

    Penerbangan ‘Business Class’ ke London

    @shanienanatasyaaaa? original sound – SHANIENA NATASYAAAA

    Menerusi perkongsian di TikTok, Shaniena yang mesra disapa Niena memaklumkan penerbangan kelas pertama itu merupakan hadiah pemberian suami sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22 tahun.

    Jelas Niena, dia berasa sungguh seronok kerana mendapat layanan yang istimewa dan berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis hidangan tanpa terhad.

    Sebenarnya ‘flight’ ini adalah hadiah suami saya sempena hari jadi saya.

    Saya ‘booking’ untuk saya seorang saja dalam penerbangan kelas pertama ini dan tak ada orang dekat sini.

    Seronok sangat sebab dapat makan macam-macam jenis makanan. Kerja saya makan, tidur, bangun, makan balik.

    Saya kemudiannya transit di Dubai, berehat selama satu jam sebelum sambung lagi perjalanan selama tujuh jam ke London.

    Tak nak isteri sakit belakang

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Shaniena Natasya (@shanienanatasyaaa)

    Menerusi hantaran lain, Niena menjelaskan suaminya iaitu Choudhry Wasim menempah tiket penerbangan kelas pertama kerana tidak mahu dirinya mengalami sakit-sakit belakang duduk di kerusi penerbangan ekonomi.

    Niena dalam masa yang sama turut menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya atas hadiah yang diberikan.

    Bila suami kau tempah tiket penerbangan kelas pertama sebab tak nak kau sakit belakang.

    Terima kasih Wasim, ‘You healed me so much’.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan Niena begitu beruntung mendapat suami yang begitu sayang akan dirinya.

    Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.

    ALSO READ:  Shila Amzah 'Meletup' Apabila Adik Lelaki Reka Cerita Isu Jual Rumah: 'Kau Ingat Aku Takut Ke Kau Nak Sepak Muka Aku Lagi?'

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,225FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts