Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, May 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesHaji: Penalti lebih RM12,000 jika masuki 7 kawasan tanpa permit

    Haji: Penalti lebih RM12,000 jika masuki 7 kawasan tanpa permit

    -

    Shopee CNY Sale

    GLOBAL | Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak SAR10,000 (RM12,650) ke atas sesiapa yang melanggar peraturan dan arahan musim haji, termasuk memasuki tujuh kawasan yang dikhususkan tanpa permit.

    Menerusi infografik yang dikongsikan kementerian itu di platform X, tujuh kawasan berkenaan ialah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

    “Penalti akan berkuat kuasa mulai 2 hingga 20 Jun 2024,” kata kementerian itu.

    Menurutnya penalti SAR10,000 berkenaan akan dikenakan terhadap setiap individu termasuk warganegara Arab Saudi, pemastautin dan pengunjung.

    Selain itu, kata kementerian terbabit, individu bukan warganegara yang ditangkap turut akan diusir dai Arab Saudi dan dikenakan larangan kembali untuk tempoh yang termaktub dalam undang-undang.

    Kementerian itu turut menegaskan kepentingan mematuhi peraturan dan arahan haji dengan pesalah akan berdepan denda berganda bagi kesalahan berulang.

    “Ini demi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan jemaah haji melaksanakan ibadah tetap diutamakan,” katanya.

    Undang-undang Arab Saudi menetapkan pelanggaran peraturan dan arahan haji boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000.

    Alat pengangkutan darat yang digunakan semasa kesalahan dilakukan akan disita.

    Bagi individu yang membawa pesalah, jika mereka warga asing, akan diusir selepas pelaksanaan hukuman dan dilarang memasuki Arab Saudi untuk tempoh tertentu, selain berdepan risiko denda berganda.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,417FansLike
    1,203FollowersFollow
    1,048FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts