Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, June 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentNak Cari Telefon Pintar Kena Dengan Bajet Anda? vivo Y36 5G Janjikan...

    Nak Cari Telefon Pintar Kena Dengan Bajet Anda? vivo Y36 5G Janjikan Kualiti Yang Tiada Tandingan

    -

    Shopee CNY Sale

    Nak tukar telefon pintar baru tapi tak jumpa yang kena dengan bajet? Ataupun anda bimbang jika beli telefon pintar baru takut spesifikasi yang rendah? Itulah yang menjadi dilema orang ramai dalam memilih telefon pintar yang baharu. Namun kami yakin  vivo Y36 5G , boleh menjawab persoalan ini. Baru-baru ini, vivo Malaysia secara rasmi telah melancarkan vivo Y36 5G di Malaysia.  vivo Y36 5G  didatangkan dengan reka bentuk kaca dinamik, kategori telefon pintar entry level ini direka bentuk untuk kelihatan seperti telefon pintar flagship. 

    Memang kena dengan slogan mereka ‘fuiYoh That’s Y’, siapa sahaja yang melihatnya pasti terpesona. Malah ia boleh dikatakan ini adalah peranti 5G yang mampu milik untuk anda pertimbangkan.

    Dengan harga serendah RM1,099, ternyata sejak jualan dibuka , orang ramai telah memberikan respon yang positif dan sekaligus  vivo Y36 5G mencatat jualan yang tinggi. Nak tahu apa sebabnya, jom baca apa kelebihannya.

    Kepentingan telefon pintar 5G

    Percayalah!  di saat rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang, bukan mudah untuk dapatkan telefon pintar 5G terbaik dengan harga bajet seumpama ini.  Rasa orang ramai sudah mula beralih mendapatkan telefon pintar 5G. Jadi yang bercadang untuk mendapat telefon pintar dengan sokongan 5G, sesuai sangatlah untuk dapatkan vivo Y36 5G.

    Keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti.

    Storan Terbesar Berbanding Telefon Pintar Bajet Yang Lain

    Kita sering dengar kawan-kawan sekeliling kita yang mengeluh tidak dapat muat naik aplikasi baharu di telefon pintar mereka. Puncanya sudah tentu kerana storan RAM yang tidak mencukupi. vivo Y36 5G ini dilengkapi dengan 256GB storan dan 8 GB + 8 GB Extended RAM, sudah semestinya ia mampu mengendalikan berbagai aplikasi dengan lancar. Bagi kami storan sebesar 256GB ini memang susah nak dapat dari jenama telefon pintar yang lain pada harga sebegini. Ini membuatkan vivo Y36 5G terus unggul dan tiada tandingan dari mana-mana jenama yang lain.

    ALSO READ:  Wawa Zainal Alami Muntah Darah Hingga Sukar Untuk Bangun Ketika Di Tanah Suci Makkah

    Apa itu Extended RAM? 

    Kalau anda belum tahu, ‘Extended RAM 3.0’ pada vivo Y36 5G sangat berguna dalam mengekalkan lebih banyak aplikasi aktif, membuka aplikasi “background” tanpa memuat semula dan menunggu lama.

    Bateri Cukup ‘Power’ Ke? 

    Jangan terkejut jika vivo Y36 5G dilengkapi dengan bateri  berkapasiti besar iaitu 5000 mAh dan pengecasan pantas Flash Charge 44W. dengan menggunakan pengecas yang disediakan, ia dapat mengecas sangat pantas di mana bateri boleh mencapai 70% dalam lebih kurang setengah jam sahaja. 

    Tak perlu risau kalau bangun dari tidur terlupa nak cas telefon. Cas 15 minit sahaja, bateri dah penuh 29%. Best kan?

    ‘Confirm’ Ramai Yang Tergoda Warna ‘Semporna Green’

    Antara yang perbualan hangat mengenai vivo Y36 5G ini adalah warna baharu yang mereka tampilkan. Nama warna ‘Semporna Green” merujuk kepada warna hijau cair yang sangat cantik dan telah diinspirasikan oleh warna air laut di Semporna, Sabah. Pertama kali mendengarnya, ia sangat “Malaysia”, mana tidaknya, Semporna merupakan pulau kebanggaan rakyat Malaysia. Tak keterlaluan untuk kami katakan jika  pula ini boleh menjadi  7 keajaiban terbaik dunia.

    Sama seperti vivo Y36 5G yang pasti akan membuatkan pemiliknya merasa bangga dan memberikan pengalaman penggunaan yang ajaib.

    Kamera 50 MP

    Beralih mengenai performa kamera, ternyata vivo Y36 5G memberikan pengalaman yang bukan kaleng-kaleng ya!  Mata anda pasti tertumpu kepada reka bentuk kamera  Dual Ring dengan Fantasy Frame pada bahagian belakang. Ia dilengkapi dengan 50 MP fun camera dan bokeh kamera 2 MP.

    Fantasy Frame ditambah pada modul kamera dan boleh mempersembahkan tekstur rainbow-like dalam cahaya matahari. Ajaib bukan?

    ALSO READ:  Shiha Zikir Invests RM300k to Fly 200 Drones, but Dream Ultimately Unfulfilled

    Satu sahaja kamera utama ditampilkan bukan sesuatu kekurangan dalam vivo Y36 5G, anda sebenarnya boleh menggunakannya untuk menangkap pelbagai jenis gambar malah gambar macro juga boleh ditangkap dan cantik juga hasilnya.

    Untuk menangkap gambar potrait yang lebih baik, mereka telah menyediakan mode Portrait Bokeh Flare dengan pelbagai kesan yang boleh dicipta oleh pengguna. Anda juga boleh memilih latar belakang untuk mendapatkan subjek utama lebih menonjol.

    Portrait Bokeh Flare

    Yang suka betul ambil gambar pada waktu malam atau persekitaran kurang cahaya, kamera belakang juga menyokong Mode Super Night Algorithm di mana ia boleh menyingkirkan multiple-frame untuk menangkap butiran vivid dalam keadaan cahaya yang sukar. Tambah pula dengan teknologi AI pencerahan, anda boleh menangkap gambar yang sangat indah walaupun dalam situasi pencahayaan yang tidak baik. 

    Bokeh Flare Portrait

    Manakala ciri lain seperti Super Night Algorithm yang digabungkan dengan Aura Screen Light untuk mengambil swafoto yang cantik dalam keadaan gelap. 

    Kesimpulannya, vivo Y36 5G boleh dijadikan sebagai telefon pintar bajet terbaik setakat ini. Bukan sahaja ia mempunyai ciri yang luar biasa dan visual yang menarik, tetapi dilengkapi dengan 5G. Yang ternyata dijangka bawa perubahan, manfaat pada gaya hidup masyarakat.

    Bayar dengan harga bajet tapi kualiti rendah? Tidak!  vivo Y36 5G  akan terus menjadi pilihan terbaik sebagai  telefon pintar bajet, anda tidak perlu berkompromi dengan kualitinya hanya kerana bajet.

    Seperti yang kami sebut dia atas, vivo Y36 5G berharga serendah RM1,099. Pengguna boleh mendapatkannya dari semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok.

    Dan ini berita baik buat anda semua! Dari 13 Jun hingga 16 Julai 2023, pelanggan yang membeli vivo Y36 5G layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM298, termasuk fon telinga TWS dan jaminan lanjutan 1 tahun. Selain itu, pelanggan setia yang menerima SMS daripada kedai konsep vivo layak mendapat perlindungan skrin selama 1 tahun,tetapi perlu menebus semasa tempoh jualan pertama.

    ALSO READ:  Norman Hakim Mohon Ampun Kepada Abby Abadi Atas Kesalahan Sepanjang Perkahwinan Mereka Terdahulu

    Nak tahu lebih dan terperinci mengenai vivo Y36 5G?  Anda boleh melayari laman sesawang, vivo.com/my



    Credit: Teknologi – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,433FansLike
    1,182FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts