Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, May 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment Gelagat Mustapha Kamal Berjoget Sakan Dengan Rakan Selebriti, Buat Netizen Terhibur!-“Megah...

    [VIDEO] Gelagat Mustapha Kamal Berjoget Sakan Dengan Rakan Selebriti, Buat Netizen Terhibur!-“Megah Ke Mengah…”

    -

    Shopee CNY Sale

    Nama pelakon veteran, Mustapha Kamal sering mencuri perhatian netizen kerana terkenal dengan jolokan sebagai pemilik syarikat ‘Megah Holding.

    Terkini, pelakon ini dilihat berkongsi satu video yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.

    Berjoget Sakan Bersama Rakan Selebriti

    Mustapha Kamal atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Papa Megah Holding’ menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan dirinya sedang sakan berjoget bersama rakan selebriti yang juga pelakon veteran terkenal seperti Mubarak Majid dan Amran Nasrudin di sebuah majlis rumah terbuka Aidilfitri.

    “Setelah lama tak berjumpa, akhirnya kami berjumpa di majlis hari raya, beginilah jadinya 😂😂. Termengah-mengah atuk-atuk semua…kesian..”-kapsyen Mustapha Kamal

    @mustaphakamaal

    Setelah lama tak berjumpa, akhirnya kami berjumpa di majlis hari raya, beginilah jadinya 🤣🤣🤣🤣termengah-mengah atuk/atuk semua.. kesian.. 😂😂😂🤣 @mubarakmajid56 @amran nasrudin “PROJECT ATUK ATUK” Papa memakai baju melayu & samping dari @AMAR AMRAN

    ♬ Last Train to London – Electric Light Orchestra

    “Ni Semua Share Holder Megah Holding Ni…”

    Perkongsiannya itu telah membuatkan rata-rata netizen terhibur melihat gelagat para pelakon veteran ini. Sambil itu, ada yang sempat berseloroh menyifatkan mereka adalah ‘Papa Megah Holding’ yang berjoget sakan disebabkan memperoleh keuntungan dalam projek bernilai jutaan ringgit.

    “Megah ke Mengah 😂. Selamat Hari Raya.”

    “CEO Megah Holding Kaki joget rupanya 😂.”

    “Ni semua share holder Megah Holding ni 😂.”

    “Lama tak nampak Mubarak Majid berlakon ke aku yang jarang tengok tv.”

    “Papa Megah Holding Rancak berdansa. Ni mesti projek masyuk berbilion-bilion kan.”

    “Dah namanya orang seni. Buat apa pun boleh.”

    “Kena sangat-sangat dengan muzik dengan atuk-atuk tu. Muzik ala-ala rancak. Semoga Atuk-atuk semua sihat-sihat selalu.”

    “Semoga dilimpahi kesihatan yang baik selalu aamiin..”

    “Hensem-hensem lagi laa hero-hero kesayangan kita semua suatu ketika dulu..”

    Apa komen anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,418FansLike
    1,204FollowersFollow
    1,048FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts