Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, May 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesSaifuddin simpati pada Faisal, yakin polis buat siasatan terperinci

    Saifuddin simpati pada Faisal, yakin polis buat siasatan terperinci

    -

    Shopee CNY Sale

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan rasa simpati dengan kejadian serangan asid ke atas pemain bola sepak negara, Faisal Halim.

    “Saya secara peribadi turut bersimpati atas kejadian yang menimpa bintang bola sepak negara, Faisal Halim yang disimbah asid baru-baru ini.

    “Mohon sama-sama kita doakan supaya Faisal lekas sembuh dan kembali semula menyarung jersi Harimau Malaya.

    “Buat keluarga Faisal, semoga kuat dan tabah dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam hantaran dalam Facebook sebentar tadi.

    Saifuddin Nasution Ismail

    Saifuddin juga menyuarakan keyakinan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden itu.

    Pada Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan apabila Faisal menjadi mangsa serangan simbahan asid di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya, Selangor.

    Pemain sayap Selangor FC berusia 26 tahun itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembezahan pertama pada malam hari kejadian, dengan pergerakan dan percakapannya turut terbatas.

    Ia merupakan kejadian kedua melibatkan pemain bola sepak pada minggu lalu, selepas pemain Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua orang penyamun di Kawasan kediamannya pada Khamis lalu.

    Terbaru, kereta pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecah individu tidak dikenali menggunakan tukul besi di Johor Bahru, malam tadi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,417FansLike
    1,203FollowersFollow
    1,048FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts