Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment vivo Malaysia Melancarkan vivo Y36 5G Dengan Harga RM1,099

    [VIDEO] vivo Malaysia Melancarkan vivo Y36 5G Dengan Harga RM1,099

    -

    Shopee CNY Sale

    vivo Malaysia melancarkan vivo Y36 5G, tambahan terbaharu kepada siri Y yang lebih hebat dan telefon pintar berprestasi tinggi. Menampilkan paparan 6.64 inci FHD+ yang lebih cerah dan lebih terang, ciri terbaik dalam kelasnya dan prestasi luar biasa, Y36 5G menggabungkan ketahanan dengan kemudahan penggunaan dengan harga ‘poket mesra’

    Bateri besar 5000 mAh dengan FlashCharge 44W memastikan anda tidak akan melepaskan sebarang momen penting, manakala ketahanan air dan habuk IP54 memastikan kepuasan yang sepenuhnya ketika berhibur.

    Sistem Pengimejan Ultra HD dengan Potret Atmosfera

    Dengan menggunakan kamera potret hadapan 16 MP HD, pengguna boleh menggunakan kesan cahaya unik yang menghasilkan swafoto yang peribadi dan berkelas. Pelbagai gaya potret juga tersedia untuk kedua-dua kamera hadapan dan kamera belakang.

    Pengguna juga boleh menggunakan algoritma Kecantikan Wajah yang meningkatkan setiap aspek wajah pengguna, mengimbangi warna kulit, meratakan kulit muka, sambil mempercantik ciri-ciri wajah. Butiran yang lebih halus boleh disesuaikan secara manual untuk mencapai penampilan khusus yang mencerminkan personaliti unik pengguna.

    Kamera belakang juga menyokong Algoritma Malam Super yang menggunakan penyingkiran berbilang bingkai untuk menangkap butiran hidup dalam keadaan pencahayaan yang paling mencabar.

    vivo Y36 5G boleh didapati dalam harga RM 1099. Pengguna boleh mendapatkannya di semua kedai konsep vivo, pengedar berlesen, E-Store rasmi vivo Malaysia, dan kedai flagship rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada, dan TikTok.

    Dari 13 Jun hingga 16 Julai 2023, pelanggan yang membeli vivo Y36 layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM298, termasuk fon telinga TWS dan jaminan lanjutan 1 tahun. Selain itu, pelanggan setia yang menerima SMS daripada kedai konsep vivo layak mendapat perlindungan skrin selama 1 tahun, namun mereka perlu menebus semasa tempoh jualan pertama.

    Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila merujuk kepada laman rasmi vivo Malaysia.



    Credit: Teknologi – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,379FansLike
    1,157FollowersFollow
    1,050FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts